Images
  • joo chiat
    Kawasan rumah kedai di Joo Chiat. (Gambar: Visit Singapore/ Facebook)

'Seni Di Kejiranan Anda' tampilkan karya, persembahan digital dan fizikal tahun ini

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, acara "Seni Di Kejiranan Anda" membawakan program-program seni secara digital dan fizikal di lokasi.

Bagi edisi ke-15 iTU, acara anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu mengajak orang ramai supaya meneroka kawasan Geylang dan Kallang menerusi karya-karya seni yang diilhamkan daripada dua kawasan itu.

Deretan rumah-rumah kedai lama begitu sinonim dengan kawasan Katong dan Joo Chiat dan di situlah yang dijadikan inspirasi bagi pasangan artis Ink & Clog yang dijemput bagi menghasilkan lukisan mural.

Lukisan pada dinding berdekatan Pusat Makanan Joo Chiat Complex itu merupakan antara lima lukisan mural di bawah projek "Brilliant Corners: The City Is Blooming".

Di kawasan Kallang pula, satu pertunjukan cahaya pada bangunan ikonik Pusat Penjaja Old Airport Road dinyalakan setiap hari dari jam 8 malam.

Terdapat tujuh lagi program lain termasuk persembahan tarian dan dikir barat yang boleh ditonton secara online.

Edisi ke-15 acara "Seni di Kejiranan Anda" itu berlangsung sehingga 29 November.  

- BERITAmediacorp/IZ/ru

Top