Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Seni di Kejiranan Anda' bertandang ke Pasir Ris

Musim pertama Arts in Your Neighbourhood (AYN) atau Program Seni di Kejiranan Anda bagi tahun ini diadakan di bahagian timur Singapura dari 11 hingga 28 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
'Seni di Kejiranan Anda' bertandang ke Pasir Ris

Program Seni di Kejiranan Anda diadakan di sekitar Pasir Ris dari 11 hingga 28 Mac. (Gambar: Majlis Seni Kebangsaan)

SINGAPURA: Musim pertama Arts in Your Neighbourhood (AYN) atau Program Seni di Kejiranan Anda bagi tahun ini diadakan di bahagian timur Singapura dari 11 hingga 28 Mac.

Inisiatif Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu menghidupkan kisah-kisah kejiranan Pasir Ris yang sejak sekian lama menawarkan suasana yang santai dan tenang, jauh dari hingar-bingar kesibukan bandar. AYN mengajak para pengunjung menghayati sejarah Pasir Ris yang pada satu ketika dahulu menempatkan kampung-kampung nelayan.

Sejumlah 10 program seni secara fizikal dan online termasuk pameran seni visual, persembahan muzik dan pengalaman berbilang disiplin, dilakarkan bersama sekumpulan seniman, pertubuhan seni dan rakan-rakan masyarakat.

Diilhamkan daripada kisah-kisah kehidupan para penduduk dan persekitaran Pasir Ris, pilihan program musim AYN kali ini mengubah ruang-ruang awam menjadi pentas seni untuk tatapan dan penghayatan orang ramai.

Orang ramai boleh mengikuti program-program AYN secara percuma. Mereka bagaimanapun diingatkan supaya mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

Kunjungi laman https://artsforall.gov.sg/AYN untuk mendapatkan perincian tentang program-program AYN di Pasir Ris.

JEJAK SENI VISUAL: ‘THE STORY OF A PLACE IS IN ITS NAME’

Jejak seni visual The Story of A Place Is In Its Name atau Kisah Sesuatu Tempat Terletak Pada Namanya, lima seniman Singapura menceritakan kisah Pasir Ris melalui pameran karya lima seniman yang mengubah ruang-ruang awam – dari kolong blok dan lobi lif di Pasir Ris Street 11 hingga ke kedai kopi di Pasir Ris Drive 6.

Jejak seni visual ini menampilkan karya Jamie Teo, Ernest Goh, Henry Lee and Perception3 (Regina De Rozario dan Seah Sze Yunn) dan kuratornya pula ialah Stacy Huang dan Susanna Tan.

Orang ramai juga boleh melungsuri laman Instagram @thestoryofaplaceisinitsname untuk mengetahui lebih lanjut tentang pameran tersebut.

Berbilang lokasi di sekitar Pasir Ris:

  • Blok 443 Pasir Ris Drive 6 (Kedai Kopi Coffee Express)
  • Blok 130 Pasir Ris Street 11 (Laluan berbumbung)
  • Blok 141 Pasir Ris Street 11 (Kolong blok)
  • Blok 144/145 Pasir Ris Street 11 (Kolong blok)

11 – 28 Mac

PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL: DENDANG WARISAN BERSAMA GENDANG AKUSTIKA

Persembahan Dendang Warisan mengajak para penonton meneroka dan mengimbas kembali kenangan lama mengenai Pasir Ris bersama kumpulan Gendang Akustika.

Bersama hos undangan Derrick Tay, program digital yang berlangsung selama 40-minit ini mempersembahkan lagu-lagu berentak Melayu tradisional dan juga memaparkan suatu karya baru mengenai Pasir Ris yang digubah khas bersama para pelajar sekolah di kejiranan itu.

Dengarkan kisah-kisah oleh para penduduk lama Pasir Ris dari zaman kampung, disisipkan dalam sebuah lagu Melayu Asli. Ikuti nyanyian lagu seperti Dayung Sampan dan Tian Mi Mi sambil menikmati gambar-gambar Pasir Ris sumbangan dari orang awam.

Laman Facebook @NACSingapore
27 Mac (Sabtu)
10.00 – 10.45 pagi

PENGALAMAN BERBILANG DISIPLIN: KOTAK FOTO OLEH 3PUMPKINS

Kotak Foto menawarkan pemandangan Pasir Ris yang luar biasa menggunakan kamera lubang jarum.

Orang ramai turut diajak menaiki lori 14 kaki yang diubah suai menjadi kotak kamera lubang jarum. Nikmati pemandangan silih berganti dan bunyi-bunyian di sekitar kejiranan Pasir Ris.

Jangan lupa untuk mengunjungi pameran-pameran interaktif di Taman Pasir Ris untuk menghasilkan gambar-gambar sendiri menggunakan kamera lubang jarum yang dibina khas ini.

Program Kotak Foto diterbitkan oleh seniman utama Isabelle Desjeux, penggubah muzik Phang Kok Jun dan keluarga-keluarga yang menetap di Pasir Ris.

13 - 14 Mac dan 18 - 21 Mac
10.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 5.00 petang
Taman Pasir Ris Area 2

PERTUNJUKAN CAHAYA: API API’s DREAMS OLEH SYNDICATE

Kunjungi pusat beli-belah White Sands untuk menyaksikan pertunjukan cahaya memukau yang dipancarkan pada muka bangunan.

Api Api’s Dreams atau Lamunan Api Api hasil kumpulan artis SYNDICATE merupakan karya seni visual yang mendapat ilham daripada persekitaran Pasir Ris, khususnya Sungei Api Api serta sikap para penduduk yang mencintai alam semula jadi.

Api Api’s Dreams menggambarkan lamunan Sungei Api Api seandainya ia bernyawa dan seolah-olah berupaya mengelamun.

Orang ramai juga diajak menatapi pemandangan di sekitar Pasir Ris dengan iringan bunyi-bunyian yang dirakam semasa mengembara di Sungei Api Api pada sebelah malam yang diterapkan dalam gubahan asal.

Pusat Beli-Belah White Sands
18 - 28 Mac
7.45- 9.30 malam

TAYANGAN FILEM DAN PAMERAN BONEKA: THE PUPPETEER PREPARES OLEH THE FINGER PLAYERS

Dalam tayangan khas bagi filem boneka, ikuti perjalanan seniman dan pembuat patung mengharungi dugaan yang dibawa oleh pandemik COVID-19 sepanjang tahun lalu.

Menggabungkan kisah-kisah kekuatan dan daya bingkas masyarakat, saksikan adegan-adegan individu yang berusaha untuk merapatkan jurang antara satu sama lain dan usaha sebuah keluarga meneroka kaedah-kaedah baru untuk mengeratkan silaturahim – dengan penampilan watak-watak yang dihidupkan melalui persembahan boneka itu.

Filem itu dilengkapi dengan pameran di Perpustakaan Awam Pasir Ris di mana para pengunjung boleh belajar lebih mendalam tentang seni boneka.

(Gambar: Majlis Seni Kebangsaan/Facebook)

Ikuti perjalanan dari ketika patung diukir sehingga ia dihidupkan oleh dalang dalam persembahannya.

Tayangan Perdana: Laman Facebook @NACSingapore
20 Mac
10.00 – 10.45 pagi

Pameran Boneka: Perpustakaan Awam Pasir Ris
20 – 28 Mac
11.00 pagi - 9.00 malam 

Sumber : BERITA Mediacorp/na/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan