Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Senaman keterlaluan boleh sebabkan kerosakan otot atau rhabdomiolisis

Senaman intensiti tinggi boleh membantu seseorang mengurangkan berat badan dan cergas. Namun ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal atau maut jika dilakukan secara keterlaluan.

Anggaran Waktu Membaca:
Senaman keterlaluan boleh sebabkan kerosakan otot atau rhabdomiolisis

Seorang wanita sedang berlari-lari anak di Taman Cunningham di Queens, New York. (Gambar fail: Shannon Stapleton/Reuters)

Diterbitkan : 29 Nov 2018 10:20PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 10:21PM

SINGAPURA: Senaman intensiti tinggi boleh membantu seseorang mengurangkan berat badan dan cergas. Namun ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal atau maut jika dilakukan secara keterlaluan.

Klinik-klinik privet yang ditemui Mediacorp menyatakan semakin ramai orang kini mengalami rhabdomiolisis, iaitu sejenis kerosakan otot.

Senaman mengayuh basikal atau "spinning" adalah satu cara berkesan untuk menghilangkan kalori. Namun bagi mereka yang selalunya kurang bergerak dan melakukannya buat kali pertama, agak sukar untuk mengetahui had keupayaan mereka.

Perkara itu boleh menyebabkan rhabdomiolisis, iaitu keadaan yang mana serat-serat otot tidak berfungsi selepas bersenam melampaui batas. Ini kemudian menyebabkan aliran darah tidak lancar dan menjejas ginjal.

Konsultan Jabatan Pembedahan Ortopedik Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Poh Seng Yew, merawat sekitar 10 pesakit rhabdomiolisis setiap tahun, termasuk atlit sepenuh masa.

Walaupun tidak ada peningkatan bagi kes sedemikian, para doktor berkata perlu ada kesedaran tentang keadaan itu kerana ia boleh dicegah dengan mudah oleh pihak jurulatih dan peserta.

Antaranya dengan minum banyak air, berehat sebentar semasa melakukan senaman dan jangan terlalu memaksakan diri semasa bersenam di gimnasium.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan