Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Selepas lama tertangguh Samsung akhirnya lancar telefon bijak boleh dilipat

Syarikat Samsung mengeluarkan model telefon bijak terbarunya yang boleh dilipat. Berharga sekitar AS$2,000 (S$2,700), telefon lipat itu mula dijual di Korea Selatan hari ini (6 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Sep 2019 08:19PM Dikemas Kini : 06 Sep 2019 10:30PM

SEOUL: Syarikat Samsung mengeluarkan model telefon bijak terbarunya yang boleh dilipat. Berharga sekitar AS$2,000 (S$2,700), telefon lipat itu mula dijual di Korea Selatan hari ini (6 Sep).

Harganya di Singapura sudahpun diumumkan semalam, iaitu S$3,088 oleh tiga pengendali telekomunikasi tempatan - M1, Singtel dan StarHub.

Pengeluar telefon bijak terbesar dunia itu mengambil masa hampir lapan tahun untuk menghasilkan Galaxy Fold. Namun, ia terpaksa menunda pelancaran telefon bijak tersebut pada April lalu kerana ada masalah pada skrinnya.

Para pengguna di IFA, acara perdagangan tahunan Eropah bagi produk elektronik di Berlin, menjadi yang pertama untuk mencubanya.

Ini akan disusuli dengan pelancaran di Perancis, Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Singapura. Ia dijual di Singapura pada 18 September ini.

Pesaing Samsung, Huawei juga mengumumkan telefon bijak yang serupa dipanggil Mate namun ia belum menentukan tarikh pelancarannya.

Galaxy Fold dipasarkan sebagai telefon bijak yang boleh dilipat pertama di dunia. Ia lebih panjang tetapi kurang lebar berbanding telefon-telefon bijak biasa apabila dilipat. 

Sumber : AFP/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan