Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Selepas biskut nasi lemak, kini kecoh buat #BiskutAlien

Selepas biskut nasi lemak, alam media sosial sekali lagi menjadi kecoh. Kali ini, dengan kemunculan biskut susu alien yang mengundang reaksi pelbagai pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas biskut nasi lemak, kini kecoh buat #BiskutAlien

Gambar: Kisah Dapur/Facebook

Diterbitkan : 02 Mar 2018 08:14AM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 08:26AM

KUALA LUMPUR: Selepas biskut nasi lemak, alam media sosial sekali lagi menjadi kecoh. Kali ini, dengan kemunculan biskut susu alien yang mengundang reaksi pelbagai pengguna.

Selain bentuknya yang comel, resepi biskut itu juga menggunakan beberapa bahan mudah seperti margerin, susu pekat manis, dan tepung jagung, menurut laporan Astro Awani.

Trend biskut itu menjadi viral sebaik sahaja seorang wanita bernama Maria Khalisya Khalis berkongsi resepi mudah itu di sebuah laman Facebook.

Astro Awani melaporkan bahawa resepi biskut itu kemudian mendapat perhatian dan dikongsi hampir 15 ribu pengguna.

Ada yang mencuba resepi itu dan berkongsi hasil percubaan mereka. Misalnya, @fatihahharoza menulis: “dari Dia kita datang, dari Dia jengok kita kembali!” selepas biskut susu alien yang dibuatnya terhangus.

Seorang lagi pengguna, @ainasyazwin18 pula berkongsi bahawa biskut susu aliennya menjadi seperti buah catur sambil menyertakan gambar-gambar biskutnya itu.

Dengan hashtag #BiskutAlien, trend baru ini pesat menjadi viral dan mengundang ramai untuk mencubanya. Bagaimana pula dengan anda? 

Sumber : Agensi berita/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan