Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sedang cari nama bayi perempuan? Ini 60 nama bayi perempuan dengan makna indah

Memilih nama bayi amat penting bagi kebanyakan pasangan. Ada yang mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan - berbulan-bulan sebelum bayi itu dilahir. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sedang cari nama bayi perempuan? Ini 60 nama bayi perempuan dengan makna indah

Ilustrasi bayi. (Gambar: babiesmagz.com)

Diterbitkan : 30 Jan 2021 08:47PM Dikemas Kini : 30 Jan 2021 08:52PM

Merdeka.com: Memilih nama bayi amat penting bagi kebanyakan pasangan. Ada yang mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan - berbulan-bulan sebelum bayi itu dilahir.

Salah satu faktor penting dalam pemilihan nama adalah makna disebaliknya. Maklumlah, anak-anak ini sememangnya suatu anugerah besar dan kebanggaan bagi ibu bapa.

Justeru, nama-nama yang mempunyai makna yang indah dan unik menjadi popular dalam kalangan ibu bapa.

Jika anda sedang hamil atau sedang tercari-cari nama bagi anak anda yang bakal dilahirkan, artikel ini sememangnya untuk anda.

Berikut ini merupakan 60 nama bayi perempuan yang boleh anda semak dan mengandungi makna indah yang dirangkum dari pelbagai sumber oleh laman Merdeka.com:

1. Adibah Ufairah = Perempuan yang beradab dan berani

2. Adiba Shakila Atmarini = Perempuan cantik rupawan yang berpengetahuan dan memiliki ketajaman hidup

3. Aisha Syifa Aalinarrohman = Ubat penerang bagi kedua ibu bapanya dan penyayang

4. Aisya Faiha = Isteri Nabi yang banyak kelebihannya

5. Adibah Saidah = Wanita beradab yang penuh kebahagiaan

6. Aniq Cahya Dewi = Wanita yang bersinar, cantik dan kecil molek

7. Adila Nisa Ardani = Perempuan yang memiliki rasa adil dan suci

8. Afiyah Salimah = Wanita yang sihat dan selamat

9. Badrina Bussaina Mufidah = Perempuan yang memiliki kecantikan laksana rembulan bermanfaat menerangi malam hari

10. Badriyah Anisah = Wanita yang bercahaya laksana bulan purnama dan ramah dalam pergaulan

NAMA 'PEREMPUAN CANTIK'

11. Bahirah Majidah = Wanita cantik yang mulia

12. Baitah Safinatunnajah = Rumah yang indah dan kapal penyelamat

13. Bassam Naflah = Wanita yang memiliki senyuman merekah bagaikan bunga matahari

14. Chairunnisa Salsabila Putri = Anak perempuan yang paling cantik seperti musim bunga

15. Chandra Shohwatul Islami = Perempuan yang unggul mengembalikan kebangkitan Islam

16. Cintya Risqi Azalia = Anak perempuan kurniaan Allah yang dilindungi dan memiliki cinta setia.

17. Da’wah Sadidah = Wanita yang mampu berdakwah secara tepat sasaran

18. Dafiyah Diyanah Syauqiyyah = Perempuan yang memiliki rasa persahabatan tinggi dan cinta yang mendalam terhadap agama

19. Daimah Mahmudah = Wanita yang selalu tetap terpuji

20. Elvina Bikrun = Gadis yang ramah dan bijaksana

NAMA 'PEREMPUAN MANIS'

21. Emilia Sulia Salvina = Perempuan berjiwa muda dan rajin yang selalu bijaksana dalam menjawab persoalan

22. Fadhilah Maisun = Wanita yang banyak keutamaan lagi cantik

23. Fahimah Jalilah = Wanita agung yang meiliki pemahaman luas

24. Faizah Syarifah = Wanita yang memperoleh kemenangan yang mulai

25. Gadis Rafifah = Wanita yang berakhlak baik

26. Ghina Qalbul Karimah = Wanita yang kaya hati serta mulia

27. Gisela Aminah = Janji yang dapat dipercayai

28. Haisha Hanum Hanania = Perempuan lembut; kehidupannya mendapat berkat dan kurnia Allah

29. Hajar Andini Rafifa Siti Hajar = Seperti Isteri Nabi Ibrahim a.s yang disayangi dan berakhlak baik

30. Halilah Tahiyyah = Wanita keluarga yang menjaga kehormatannya

NAMA BAYI DENGAN SIFAT MULIA

31. Ibnatu Su’ad Afiyah = Anak wanita yang selalu membahagiakan dan sihat

32. Ibnatu Suhaimah = Anak wanita yang menjadi keberuntungan

33. Imra’ah Burairah = Wanita yang berbakti

34. Imra’ah Suhaimah = Wanita yang lemah lembut

35. Jarita Ihtisyam Fauziyah = Perempuan yang pandai menjaga martabat dan kehidupannya mengalir dan berjaya

36. Jaudah Daimah = Wanita yang menyenangkan setiap waktu

37. Jihan Makailah Fakhirah = Wanita terhormat pemberian Allah yang baik

38. Karimah El-Khuluq = Wanita yang berakhlak mulia

39. Karimah Nadjah = Wanita yang murah hati dan penuh kekuatan

40. Karimah Rafi’ah = Wanita yang memiliki darjat tinggi dan mulia

41. Lavina Roselani Hamidah = Perempuan yang bagaikan bunga mawar syurga yang disucikan dan selalu berzikir

42. Layanah Khuluqiyah = Wanita yang halus budi pekertinya

43. Maghfirah Abadiyah = Wanita yang dapat pengampunan abadi

44. Mahirah Lathifah = Wanita yang pandai lagi lemah lembut

45. Muznah Alimah = Wanita yang berdandan rapi dan berilmu

46. Nabihah Dariya = Wanita yang cerdas dan lemah lembut

47. Nabilah Aisyah Bella = Isteri Nabi yang cerdik dan cantik

48. Nabilah Maisun = Wanita yang cantik dan cerdas

49. Odelina Askanah = Wanita baik hati dan kaya raya

50. Parisya Shafiyah = Perempuan yang memiliki pelindung diri yang jernih

NAMA-NAMA LAIN...

51. Qaidah Sakinah = Pemimpin wanita yang memiliki jiwa yang semangat

52. Rafailah Rahimah = Wanita yang anggun dan penuh belas kasihan

53. Saarah Amelia = Isteri Nabi Ibrahim a.s as yang rajin dan bersemangat

54. Tsana Hamidah = Wanita yang menjadi pujian kerana selalu memuji Allah

55. Tuhfatul Jannah = Wanita yang dilahirkan sebagai hadiah dari syurga

56. Urjuwanah Zahra Jaudah = Pohon yang indah menghasilkan bunga yang indah pula

57. Vega Annisa = Perempuan yang penuh dengan harapan bagai bintang yang jatuh

58. Wardani Dima = Bunga mawar di waktu hujan lebat

59. Yusriyah Fahima Ulum = Wanita yang diberi kemudahan dalam memahami pelbagai ilmu

60. Zahrah Najwa Sarahah = Wanita primadona (bunga) yang membisikkan kesenangan jiwa 

Sumber : BERITA Mediacorp/Merdeka.com/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan