Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sebilangan resort di Bintan cari cara kreatif jana pendapatan tanpa pelawat S'pura

Dengan hanya sejam saja melalui feri dari Singapura, ramai tetamu dan pelanggan resort itu adalah rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebilangan resort di Bintan cari cara kreatif jana pendapatan tanpa pelawat S'pura
Diterbitkan : 24 Dec 2020 10:00PM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 10:01PM

BINTAN: Terletak di utara pulau Bintan, Indonesia, pusat peranginan Banyan Tree Bintan pernah menjadi "destinasi impian" bagi mereka yang ingin berlibur sambil menikmati pantai yang indah.

Dengan hanya sejam saja melalui feri dari Singapura, ramai tetamu dan pelanggan resort itu adalah rakyat Singapura.

Namun apabila Mediacorp berkunjung ke resort tersebut pada bulan lalu, pantai yang sunyi sepi membayangkan betapa resort-resort seperti Banyan Tree Bintan sangat-sangat mendambakan tetamu dan pelanggan dari Singapura di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang menyebabkan kedua-dua negara menutup sempadan masing-masing.

Dari memotong harga hingga ke menyasarkan tetamu konvensyen dan kemudian mengusulkan laluan pantas bersama Singapura, resort-resort di pulau peranginan itu sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan perniagaan masing-masing dan membuat persediaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka apabila ekonomi bangkit semula kelak.

Apabila resort-resort itu dibuka semula pada Ogos lalu, harga penginapan diturunkan dengan ketara untuk memikat para pelancong tempatan.

Selain menawarkan potongan harga, resort-resort seperti Anmon turut memberikan akses percuma kepada kegiatan-kegiatan seperti sukan dan permainan air.

Langkah serupa turut ditawarkan oleh The Residence Bintan by Cenizaro di Gunung Kijang, yang terletak di bahagian tenggara pulau Bintan.

Bagi memastikan para kakitangan mereka masih bergaji, resort-resort itu juga mengadakan bazar setiap hujung minggu di pantai Cassia supaya para pekerja mereka boleh menjual makanan atau barangan untuk meraih pendapatan tambahan. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan