Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sarang lebah buatan ditempatkan di Orchard Road

Jangan bimbang jika anda sedang berjalan di Orchard Road dan terdengar bunyi dengungan di udara. Ia datang bukan daripada para pembeli-belah ataupun bunyi trafik.

Anggaran Waktu Membaca:
Sarang lebah buatan ditempatkan di Orchard Road

(Gambar: Fly Pixar)

Diterbitkan : 25 Dec 2019 11:21PM Dikemas Kini : 25 Dec 2019 11:23PM

SINGAPURA: Jangan bimbang jika anda sedang berjalan di Orchard Road dan terdengar bunyi dengungan di udara. Ia datang bukan daripada para pembeli-belah ataupun bunyi trafik.

Sebaliknya, bunyi dengungan itu mungin adalah daripada seekor lebah yang sedang terbang pulang ke sarangnya di taman atas bumbung di Temasek Shophouse, iaitu ruang bekerja bertentangan stesen MRT Dhoby Ghaut.

Sarang-sarang lebah itu menampung sekumpulan lebah tanpa sengat yang dipanggil Trigona.

Ia merupakan kerjasama antara Temasek Trust iaitu cabang dermawan Temasek Holdings dan seorang penjaga lebah tempatan, Xavier Tan yang dilancarkan pada Julai lalu, sebagai sebahagian daripada trend penjagaan sarang lebah di bandar yang berkembang di seluruh dunia.

Encik Tan yang menjaga sarang lebah itu dan mengadakan bengkel memberitahu Mediacorp bahawa beliau berharap dengan memasang sarang-sarang lebah di tengah-tengah kawasan bandar Singapura, ia bukan hanya memanfaatkan taman-taman berdekatan tetapi juga meningkatkan kesedaran akan nasib yang dihadapi lebah di seluruh dunia.

Pada 2006, para saintis menemui penyakit 'Colony Collapse Disorder', sejenis penyakit yang menjejas lebah di seluruh dunia.

Oleh kerana lebah-lebah itu bertanggungjawab menyuburkan sepertiga daripada bekalan makanan dunia, penemuan itu mencetuskan panik berhubung kekurangan bekalan makanan.

Para penyelidik mengatakan bahawa jumlah lebah sedunia, yang perlu bertarung dengan penggunaan penyembur serangga yang menyebabkan keruntuhan koloni lebah, belum lagi pulih sepenuhnya.

Menurut Encik Tan, salah satu cara untuk membantu lebah adalah dengan mendidik orang ramai bahawa serangga berterbangan itu tidak berbahaya seperti yang difikirkan orang ramai.

"Jika anda tidak mengganggunya (lebah-lebah), ia tidak akan mengganggu anda," katanya.

Encik Tan berharap untuk membangunkan "persekitaran mesra lebah" dengan menubuhkan lebih banyak sarang-sarang lebah di sekitar kawasan bandar - yang boleh melengkapi taman-taman atas bumbung di sekitar bandar dengan mendebungakan bunga-bunga dan menyediakan sumber bahan bagi restoran.

"Lebah memanfaatkan orang ramai," kata Encik Tan. Daripada membelanjakan wang bagi teknologi untuk meniru apa yang boleh dilakukan oleh lebah, wang itu boleh disalurkan terhadap usaha memuliharanya.

"Kami hanya meminjam sumber dunia semasa hayat kita," jelasnya. 'Jika kita menjaganya untuk generasi akan datang, kita perlu meninggalkan sesuatu yang baik untuk mereka. 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan