Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Santap hidangan lazat sambil bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

 Puaskan selera anda dengan bermacam-macam hidangan seperti gulai udang, kebab, stik daging lembu, ikan bakar dan Takoyaki sambil membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik sempena cuti sekolah ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Santap hidangan lazat sambil bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

Bermacam hidangan dari 11 restoran boleh menjadi pilihan anda. (Gambar: halalfoodhunt)

SINGAPURA: Puaskan selera anda dengan bermacam-macam hidangan seperti gulai udang, kebab, stik daging lembu, ikan bakar dan Takoyaki sambil membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik sempena cuti sekolah ini.

Anda hanya perlu buat tempahan bagi hidangan pilihan anda sebelum 5 Disember ini di givingdish.halalfoodhunt.com untuk mendapatkan kupon digital, yang sah digunakan hingga 28 Februari tahun depan.

Restoran-restoran terkemuka yang terlibat, termasuk Chef Wan's Kitchen, Siam Kitchen dan Rumah Rasa, akan mendermakan 40 hingga 80 peratus hasil penjualan kupon mereka kepada Literacy Initiative for Equity (LIFE) SG untuk memberi peluang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik menyertai kegiatan-kegiatan pengayaan khas cuti sekolah ini yang tidak mampu dibiayai keluarga mereka.

Selain sumbangan daripada 11 restoran yang bekerjasama dengan halalfoodhunt itu, sebanyak S$3 juga akan diberikan kepada LIFE SG dengan setiap kad FRIENDS yang dibeli di laman halalfoodhunt. Dengan kad berkenaan, orang ramai juga dapat menikmati diskaun di restoran-restoran lain dalam senarai laman tersebut.

Anda boleh dapatkan kad FRIENDS di sini. (Gambar: halalfoodhunt)

Kempen menyambut Minggu Memberi ini dianjurkan halalfoodhunt buat kali kedua, iaitu laman yang menyenaraikan makanan-makanan halal ataupun yang dimiliki orang Muslim di Singapura. Ia bermatlamat melebihi jumlah kutipan yang digalang tahun lalu iaitu hampir S$2,100 menerusi 1,400 hidangan yang dijual untuk menyokong LIFE SG. 

Kanak-kanak yang menerima bantuan LIFE SG. (Gambar: halalfoodhunt)

Pengasas LIFE SG, Farhanah Saemon, mengalu-alukan kerjasama dengan halalfoodhunt ini dan menanam harapan bahawa ia dapat meningkatkan kesedaran terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Singapura sedang negara ini pesat membangun.

"Kami sangat sukacita dapat bekerjasama dengan halalfoodhunt sekali lagi tahun ini untuk menyampaikan kepada masyarakat kepentingan mencapai kesamarataan dengan mencurahkan kasih sayang kepada kanak-kanak, satu persatu," katanya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan