Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sanggup buang air di tong ini? Tandas ini cetuskan kemarahan penduduk Paris

Ketika berseronok menikmati suasana indah di Paris, Perancis yang terkenal dengan jolokan nama Kota Romantis, tapi tiba-tiba terasa ingin membuang air kecil pula. Ke mana hendak pergi?

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup buang air di tong ini? Tandas ini cetuskan kemarahan penduduk Paris

Seorang wartawan berdiri di depan tandas awam yang mesra alam di Ile Saint-Louis di Paris. (Philippe Wojazer/Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 03:42PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 03:49PM

PARIS: Ketika berseronok menikmati suasana indah di Paris, Perancis yang terkenal dengan jolokan nama Kota Romantis, tapi tiba-tiba terasa ingin membuang air kecil pula. Ke mana hendak pergi?

Kini, pihak berkuasa bandar raya itu sudahpun meletakkan rangkaian tempat membuang air kecil yang bukan saja dikatakan mesra alam, malah penggunanya juga tidak perlu 'malu-malu' dengan alam!

Tempat membuang air kecil itu, menurut agensi berita Astro AWANI, ditempatkan di laluan-laluan jalan di Paris bagi menangani masalah tabiat membuang air kecil secara sesuka hati di tempat-tempat awam. Langkah itu, bagaimanapun, mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya rakyat tempatan.

Salah satu daripada tong berwarna merah terang yang dinamakan ‘urinoirs’ itu ditempatkan di Ile Saint-Louis, tidak jauh dari katedral Notre Dame dan menghadap pandangan bot-bot pelancong yang menyusuri Sungai Seine.

Astro AWANI difahamkan bahawa rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan langkah berkenaan sudahpun membuat aduan kepada dewan bandar raya supaya mengalihkannya, selain memulakan petisyen.

“Tidak perlu meletakkan sesuatu yang tidak senonoh dan hodoh di lokasi bersejarah,” ujar pemilik kedai seni, Paola Pellizzari.

Beliau khuatir sekiranya tong tersebut, yang ditempatkan tidak jauh dari sebuah sekolah rendah, akan meningkatkan kes pelaku 'ekshibisionisme', yang suka menunjukkan kemaluan kepada orang lain.

Menurut Astro AWANI, seorang lagi penduduk pula berkata bahawa tong merah itu hanya mencacatkan pemandangan di lokasi indah yang mempunyai nilai sejarah.

Namun begitu, pereka tong berkenaan berkata bahawa usaha itu merupakan huraian kepada masalah membuang air kecil di merata tempat.

Datuk Bandar, Ariel Weil, bagaimanapun mengatakan langkah itu adalah sesuatu yang diperlukan. Pihak berkuasa Paris sudahpun melaksanakan usaha tersebut dan merancang untuk meneruskannya.

“Jika kami tidak berbuat apa-apa, golongan lelaki akan ‘bebas’ membuang air kecil di mana-mana sepanjang jalan,” ujarnya.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan