Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sanggup bawa pita ukur, gara-gara mahu merokok di kedai makan

Mulai 1 Januari 2019, semua premis makanan di Malaysia diwartakan oleh Kementerian Kesihatan negara itu (KKM) sebagai tempat larangan merokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup bawa pita ukur, gara-gara mahu merokok di kedai makan

Gambar petikan skrin seorang perokok mengguna pita pengukur untuk mengukur jarak 3 meter dari kedai makan. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 12:11PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 12:15PM

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari 2019, semua premis makanan di Malaysia diwartakan oleh Kementerian Kesihatan negara itu (KKM) sebagai tempat larangan merokok.

Peraturan itu diperluaskan kepada semua premis makanan - sama ada berhawa dingin atau tidak, menurut Astro Awani.

Di bawah peraturan baru tersebut, para perokok hanya dibenarkan menghisap rokok sekurang-kurangnya tiga meter dari premis kedai makan.

Gara-gara enggan melanggar peraturan baru itu, seorang perokok sanggup menggunakan pita pengukur untuk mengukur jarak kedai makan dengan kawasan yang dibolehkan merokok.

Perbuatannya menarik perhatian para netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai mencuit hati.

Dalam video yang dimuat naik ke laman Facebook, seorang perokok dilihat memegang pita pengukur sementara rakannya membantu mengukur jarak tiga meter seperti yang diarahkan oleh KKM.

“Kawan-kawan yang nak hisap rokok kena duduk jauh-jauh, ukur! Baru boleh. Tuan kedai pun tak bagi hisap rokok dalam kedai,” kata salah seorang lelaki yang merakam video itu, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Larangan itu dikuatkuasakan berdasarkan pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).

Ia bertujuan melindungi orang awam, terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok, lapor Astro Awani.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan