Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Samsung Galaxy Note 10, Note 10+ mula dijual di S'pura pada 24 Ogos

Telefon bijak terbaru keluaran Samsung, Galaxy Note 10 dan Note 10+ boleh didapatkan di kedai-kedai di Singapura bermula 24 Ogos, menurut pengumuman syarikat itu pada Khamis (8 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Samsung Galaxy Note 10, Note 10+ mula dijual di S'pura pada 24 Ogos

Telefon bijak Samsung Note 10 dipamerkan semasa acara pelancaran di New York pada 7 Aug (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2019 12:03PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 12:05PM

SINGAPURA: Telefon bijak terbaru keluaran Samsung, Galaxy Note 10 dan Note 10+ boleh didapatkan di kedai-kedai di Singapura bermula 24 Ogos, menurut pengumuman syarikat itu pada Khamis (8 Ogos).

Harga bagi telefon terbaru itu bermula dari S$1,398.

Kedua-dua telefon bijak itu serta model versi 5G masing-masing, didedahkan dalam satu acara di New York pada Rabu, di mana ia diumumkan bahawa kedua-dua telefon itu tidak akan dilengkapi dengan 'headphone jack'.

Galaxy Note 10 boleh ditawarkan dengan dua warna - Aura Glow dan Aura Black. Galaxy Note 10+ pula boleh didapatkan dalam dua warna yang sama, selain Aura White.

Tempahan awal bagi peranti terbaru itu bermula pada Khamis, 3.00 petang, menurut kenyataan media syarikat gergasi teknologi itu.

Para pelanggan boleh membuat tempahan menerusi pengendali telko tempatan, kedai online Samsung, kedai-kedai Samsung, Lazada Singapore dan gedung elektronik dan IT terpilih.

Peranti yang ditempah awal boleh diambil bermula 24 Ogos.

Bagaimanapun tempahan awal di Galaxy Studio @ Plaza Singapura hanya bermula pada 6.00 petang dan boleh diambil mulai 23 Ogos.

Mereka yang menempah awal bagi model 256GB layak mendapat tawaran istimewa secara percuma, menurut Samsung.

Pengguna alat Samsung sedia ada boleh menukar beli peranti lama mereka dengan model yang baru ini, menurut kenyataan syarikat itu lagi.

Dari 23 Ogos hingga 30 September, para pelanggan boleh menerima nilai tukar beli tambahan S$100 di samping nilai tukar beli biasa.

Semasa acara pelancarannya di New York, syarikat itu juga memperkenalkan S-Pen bagi Galaxy Tab S6 dan mendedahkan Galaxy Book S, sebuah komputer riba yang sangat tipis.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan