Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sambut Ramadan, Syawal sambil beramal atas kapal persiaran World Dream

Bayangkan menyambut Ramadan dan Syawal di atas kapal persiaran.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bayangkan menyambut Ramadan dan Syawal di atas kapal persiaran.

Demikian yang ditawarkan Dream Cruises atas kapal World Dream menjelang April hingga Mei ini.

Malah, penumpang juga berpeluang beramal dengan sebahagian hasil tempahan disalurkan ke dana Jamiyah Singapura.

PIKAT LEBIH RAMAI PENUMPANG MUSLIM

Sejak bergelar mesra halal Disember lalu, kapal persiaran World Dream sudahpun menyambut hampir 5,000 penumpang Muslim sejauh ini.

Kini, mereka dijemput meraikan Ramadan atas kapal mewah itu dengan program khas termasuk sahur dan berbuka puasa disediakan dari 13 April hingga 12 Mei.

Orang ramai boleh membuat tempahan bagi pakej dua malam yang akan berlayar setiap Rabu dan Jumaat atau pakej tiga malam yang berangkat setiap Ahad.

Malah, sempena pakej Hari Raya, cef-cef selebriti akan diundang menunjukkan cara memasak jamuan raya.

Para penumpang boleh belajar dari cef Mel Dean cara menyediakan Ayam Rendang Minang pada 16 Mei dan membuat kuih bersama Cef Sarah Ariffin pada 23 Mei nanti.

"Kami sudah menyediakan pelbagai rancangan untuk teman Muslim kami. Ini sebenarnya termasuk waktu Ramadan, program-program keagamaan dan juga waktu Hari Raya, kami ada selebriti, kami ada tayangan wayang, dan semua teman Muslim kami boleh berseronok di atas kapal," kongsi Presiden Dream Cruises Michael Goh.

BERCUTI SAMBIL BERAMAL

Lebih bermakna lagi, kesyahduan Syawal akan dikongsi bersama 10 keluarga kurang bernasib baik yang akan juga menyertai pelayaran selama tiga malam Mei nanti.

Ia salah satu inisiatif di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Dream Cruises dengan Jamiyah Singapura.

"Kami berbesar hati kerana pihak kapal persiaran ini akan memberi peluang kepada para penerima bantuan dari Jamiyah untuk sama-sama menikmati pelbagai kemudahan yang ada di sini bagi pelayaran mereka bulan Mei ini, sempena Hari Raya," luah Presiden Jamiyah Singapura Dr Mohd Hasbi Abu Bakar.

Selain itu, sebahagian daripada hasil Dream Cruises melalui tempahan bagi beberapa pakej terpilih akan disalurkan ke Jamiyah Singapura.

"Ini adalah satu juga wadah untuk kami membuat pengumpulan dana di mana para penumpang yang akan membuat tempahan melalui kod yang ditentukan oleh Jamiyah ini akan disalurkan kepada Jamiyah dan ini juga bukan sahaja mereka dapat bercuti tapi juga dapat membuat amal," tambah beliau.

Bermula dengan harga S$179 seorang, orang ramai boleh membuat tempahan di laman Dream Cruises bagi pelayaran pertama seumpamanya Ramadan dan Syawal ini.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan