Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Saintis S'pura temui virus baru; bantu kenal pasti individu berisiko dijangkiti barah Cantonese

Para saintis di Singapura menemui dua jenis Virus Epstein-Barr (EBV) yang dikaitkan dengan jenis-jenis barah dalam kajian yang boleh membantu mengenal pasti individu-individu yang berisiko tinggi menghidap barah 'Cantonese' lebih awal.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis S'pura temui virus baru; bantu kenal pasti individu berisiko dijangkiti barah Cantonese

Gambar fail: Sel-sel barah.

Diterbitkan : 18 Jun 2019 03:28PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 03:30PM

SINGAPURA: Para saintis di Singapura menemui dua jenis Virus Epstein-Barr (EBV) yang dikaitkan dengan jenis-jenis barah dalam kajian yang boleh membantu mengenal pasti individu-individu yang berisiko tinggi menghidap barah 'Cantonese' lebih awal.

Barah 'Cantonese' merujuk kepada nasopharyngeal carcinoma (NPC), iaitu jenis barah kepala dan leher yang paling biasa dikesan di Singapura.

Jenis barah itu dinamakan 'Cantonese' kerana individu-individu dari kumpulan dialek ‘Cantonese’ yang dijangkiti virus EBV lebih berisiko mengalami barah NPC hampir 20 kali ganda berbanding mereka yang berasal dari wilayah atau kaum lain.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics pada Isnin (17 Jun), melibatkan para saintis dari Insititut Genom Singapura (GIS) di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Pusat Barah Universiti Sun Yat-sen, Institut Zoologi Akademi Sains China dan juga beberapa lagi institusi penyelidikan.

Setakat ini, lebih 40 peratus individu di selatan China yang dijangkiti jenis virus EBV berisiko tinggi dan sekitar 80 peratus kes NPC dalam kalangan suku kaum Cantonese disebabkan jenis virus EBV berisiko tinggi.

"Jenis virus yang unik itu nampaknya berasal dari Asia, kemudian menular ke wilayah-wilayah yang kini ada banyak kes barah NPC," menurut A*STAR.

PENGESANAN AWAL

Penulis kanan kajian itu, Dr Liu Jian Jun berkata: "Peranan pelbagai jenis virus EBV pada perkembangan barah NPC dan penularannya dalam kalangan kumpulan dialek Cantonese tidak dikaji dengan baik dahulu."

Dr Liu, yang juga timbalan pengarah eksekutif GIS, menambah bahawa kajian itu "menyediakan pengajaran baru tentang penyakit endemik NPC" dan "berpotensi menyediakan asas bagi pelaksanaan program-program tindakan untuk mengurangkan penyakit barah NPC.

Profesor Ng Huck Hui, pengarah eksekutif GIS berkata, penemuan pelbagai jenis virus EBV berisiko tinggi mempunyai kesan penting terhadap usaha menjaga kesihatan awam untuk mengurangkan beban penyakit NPC, khususnya dalam kalangan suku kaum Cantonese.

"Ujian-ujian untuk mengesan jenis-jenis virus itu membolehkan individu-individu untuk dikenal pasti supaya menjalani pemantauan perubatan rutin untuk mengesan barah NPC lebih awal lagi. Tindakan pencegahan menerusi penghasilan vaksin jenis-jenis EBV berisiko tinggi dijangka akan mengurangkan kadar insiden penyakit barah Cantonese," kata Profesor Ng.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan