Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sabah pertimbang bawa masuk pelancong S'pura menerusi aturan perjalanan udara khas

Kerajaan Sabah sedang menimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan aturan perjalanan udara khas sekurang-kurangnya selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Sabah pertimbang bawa masuk pelancong S'pura menerusi aturan perjalanan udara khas

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 05:32PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 05:36PM

KOTA BELUD: Kerajaan Sabah sedang menimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan aturan perjalanan udara khas sekurang-kurangnya selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jafry Ariffin berkata keputusan itu masih lagi di peringkat perbincangan dan akan diputuskan oleh jemaah menteri.

Malah, katanya lagi, perbincangan mengenai perkara itu sedang berjalan dan kementeriannya juga akan memperhalusi kaedah terbaik bersama pihak-pihak berkepentingan.

"Kita masih menunggu keputusan kerajaan negeri, perbincangan telah dijalankan bersama-sama dengan pihak Sutera Mantanani untuk membawa satu kaedah perjalanan yang selamat secara berasingan dari Singapura terus ke Kota Kinabalu dan ke Pulau Mantanani.

"Perundingan sedang berjalan, saya di pihak kementerian tengah memperhalusi dengan pemegang taruh.
"Kalau boleh kita perketatkan dan mengikut apa juga prosedur operasi standard (SOP) dan selepas itu kita akan bincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan pihak kementerian luar di Singapura nanti. Kita akan berbincang.... kemungkinan (pelaksanaan) selepas hari raya nanti," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Pelancaran Premium Chalets di Sutera@Mantanani anjuran Sutera Harbour Resort, Pulau Mantanani, Kota Belud pada Rabu (31 Mac).

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Eksekutif Sutera Harbour Resort, Gilbert Ee.

Awal dari itu, sebanyak 70 buah chalet dibuka di resort berkenaan dengan menempatkan kira-kira 50 orang kakitangan.

Aturan perjalanan udara khas dijangka mampu meningkatkan kesan dan potensi pelancongan di negeri itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan