Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

S'pura negara ke-36 paling banyak minum kopi. Ini fakta menarik tentang kopi...

Lebih 2.25 bilion cawan kopi diminum setiap hari di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura negara ke-36 paling banyak minum kopi. Ini fakta menarik tentang kopi...

Gambar hiasan: Unsplash

Diterbitkan : 03 Oct 2021 04:07PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 04:09PM

BERITAmediacorp: Lebih 2.25 bilion cawan kopi diminum setiap hari di dunia.

Anda boleh membuat pilihan daripada 22 jenis minuman kopi.

Di Singapura ada 16 cara kopi disediakan yang perlu anda tahu agar tidak salah pesan.

Berikut ini beberapa lagi fakta tentang kopi.

Menurut Badan Kopi Antarabangsa, kopi ditanam di sekitar 70 negara.

Lima negara pengeluar terbesar kopi ialah Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia dan Habsyah.

Negara-negara Scandinavia pula paling banyak minum kopi manakala Singapura pula di tempat ke-36 senarai global.

Pokok kopi mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk matang. Namun, ia berbuah selama 20 hingga 30 tahun.

Biji kopi dibahagikan kepada 4 jenis utama - Arabica, Rabusta, Liberica dan Excelsia.
Kopi Black Ivory atau lebih dikenali dengan nama "kopi tahi gajah"dari Thailand paling mahal - secawan harganya AS$70 (S$95)!

Sekitar 62 peratus penduduk di sini minum kopi iaitu sekitar 15,000 metrik tan kopi setahun atau 2.6kg kopi per kapita, berbanding 12 kg per kapita di Finland.

Tetapi, sebelum anda bergegas ke luar untuk membeli kopi, pastikan anda tahu lingo memesan kopi berikut.

Kopi, Kopi Gau, Kopi Po, Kopi O, Kopi O Gau, Kopi O Po,
Kopi Gah Dai, Kopi Siew Dai, Kopi O Siew Dai,
Kopi Kosong, Kopi-C, Kopi-C Kosong!

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/NK/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan