Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

S'pura bandar ke-8 paling mewah di dunia

Sejak akhir-akhir ini, ada pelbagai kajian dijalankan untuk meninjau apa sahaja yang kita ingin tahu.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura bandar ke-8 paling mewah di dunia

(Gambar fail: Melissa Zhu)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 11:50AM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 11:51AM

SINGAPURA: Sejak akhir-akhir ini, ada pelbagai kajian dijalankan untuk meninjau apa sahaja yang kita ingin tahu.

Antaranya, negara manakah paling letih di dunia? atau negara mana yang paling bahagia di dunia?

Baru-baru ini pula, beberapa individu dari United Kingdom menganalisis "jumlah tempat mewah di sebuah bandar untuk mengetahui di mana terletaknya tempat yang paling mewah di dunia".

Kajian yang dijalankan oleh Money.co.uk mendapati Paris mengungguli senarai, disusuli dengan London dan Tokyo dan Singapura menduduki tangga kelapan.

Namun, bagaimana kesimpulan itu dapat dicapai?

Perkaedahan yang digunakan amat teliti, dengan mengira jumlah hotel lima bintang, restoran bertaraf bintang Michelin dan jumlah kedai yang menjual barangan berjenama dan mewah di setiap bandar, menurut Money.co.uk dalam satu kenyataan media.

Bandar dengan jumlah tertinggi bagi kesemua tiga kategori itu dinilai sebagai bandar paling mewah di dunia.

Lebih khusus lagi, kedai yang menjual barangan berjenama dan mewah atau 'designer store' merujuk kepada "10 jenama teratas paling mewah" iaitu Cartier, Rolex, Tiffany & Co, Gucci, Louis Vuitton, Prada, Burberry, Valentino, Versace dan Hermes.

Singapura dicatatkan sebagai mempunyai sebanyak 302 tempat mewah. Paris pula ada 630 tempat seumpama itu manakala London mempunyai 628 dan Tokyo, 478.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan