Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rusa mati akibat kemalangan Mandai Road

Seekor rusa mati dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di Mandai Road menghala ke Mandai Avenue.

Anggaran Waktu Membaca:
Rusa mati akibat kemalangan Mandai Road

Gambar seekor rusa dalam kemalangan di Mandai Road pada 18 Dis 2018. (Gambar: Nature Society Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 08:29AM Dikemas Kini : 20 Dec 2018 12:27AM

SINGAPURA: Seekor rusa mati dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal di Mandai Road menghala ke Mandai Avenue.

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kejadian pada 8.10 malam semalam (18 Dis), sambil menambah bahawa penunggang motosikal terbabit hanya cedera ringan.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke laman Facebook oleh kumpulan 'Nature Society Singapore' menunjukkan haiwan itu terbaring di atas jalan raya. Darah kelihatan dekat dengan muka haiwan tersebut.

Menurut catatan berkenaan, kemalangan berlaku pada sekitar 7.20 malam.

Terdapat dua lagi nahas lain melibatkan rusa Sambar tahun ini.

Pada Jun, seekor rusa Sambar dimatikan selepas berlaku kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah yang melibatkan tiga kenderaan. Satu lagi kemalangan berlaku di Mandai Road pada Februari. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan