Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rongak semua 27 gigi gara-gara minum air bergas setiap hari

Mungkin kisah lelaki ini boleh dijadikan iktibar bagi mereka yang 'ketagih' minuman bergas.

Anggaran Waktu Membaca:
Rongak semua 27 gigi gara-gara minum air bergas setiap hari

Petikan gambar dari video. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 23 Jan 2018 10:51PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:53PM

AMERIKA SYARIKAT: Mungkin kisah lelaki ini boleh dijadikan iktibar bagi mereka yang 'ketagih' minuman bergas.

Michael Sheridan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kesemua 27 giginya yang rosak dan digantikan dengan gigi palsu.

Malah selama 10 tahun, lelaki berusia 32 tahun itu terpaksa makan makanan lembut kerana sentiasa mengalami sakit gigi yang teruk sehinggalah beliau bertemu dengan doktor gigi.

Salah seorang rakannya yang juga merupakan doktor gigi, begitu bimbang akan keadaan gigi Michael lantas menjalankan prosedur bernilai £43,800 (S$80,600) secara percuma, lapor laman Mirror.

Sekarang, Michael sudah mampu tersenyum dengan gigi barunya.

Menurut laporan Mirror, Michael dapat bertahan dengan hanya makan sekali sehari kerana seleranya terjejas oleh jumlah minuman berkabonat yang begitu banyak.

Michael hanya mengamalkan diet makanan tawar seperti tairu dan sup. Ini kerana beliau akan mengerang kesakitan walaupun sekadar memakan roti.

Katanya: "Saya ketagih minuman berkabonat. Saya akan minum enam liter atau lebih sehari. Saya sentiasa membawa sebotol air putih bersama saya.

"Saya tahu jika saya berjumpa doktor gigi saya perlu berhenti minum air berkabonat dan saya tidak mahu berhenti sebelum ini.

"Saya juga tahu semua gigi saya perlu dicabut dan saya tidak mempunyai wang untuk melakukannya."

Namun akhirnya, bapa tiga anak itu terpaksa mengalah dan pergi mencabut giginya.

Doktor gigi, David Murnaghan, begitu bimbang dengan keadaan kesihatan gigi Michael dan menawarkan untuk menjalankan pembedahan tersebut secara percuma.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum penggemar minuman bergas itu memberanikan diri dan berjumpa dengan doktor.

Kata beliau: "Sebelum ini saya sembunyikan gigi saya dan kurang bercakap dengan orang lain. Saya akan duduk jauh apabila berbual dengan seseorang kerana saya menyedari tentang bau mulut saya.

"Anak-anak juga mula menyedari tentang gigi saya dan ini membuatkan saya lebih menyendiri.

"Saya akan makan sup dan yogurt setiap minggu. Kadangkala saya tidak tidur kerana sakit dan jika saya keluar makan dengan teman wanita saya, saya mengalami kesakitan."

Sejak pembedahan dijalankan November 2017, Michael langsung tidak menyentuh minuman bergas, lapor Mirror.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan