Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Robot ini boleh hidangkan 80 mangkuk laksa sejam

Anda mahu menganjurkan sebuah pesta keramaian dan ingin menjamu undangan anda dengan laksa? 

Anggaran Waktu Membaca:
Robot ini boleh hidangkan 80 mangkuk laksa sejam

(Gambar: Joyee Koo)

Diterbitkan : 08 Jul 2019 02:19PM Dikemas Kini : 08 Jul 2019 02:22PM

SINGAPURA: Anda mahu menganjurkan sebuah pesta keramaian dan ingin menjamu undangan anda dengan laksa? Kini anda tidak perlu berhempas-pulas di dapur kerana ada sebuah robot yang boleh menyediakan masakan itu.

Perkara ini menjadi kenyataan apabila kumpulan katering terbesar Singapura, Neo Group, mendedahkan stesen memasak laksa robotik secara langsung serba baru yang boleh menyediakan 80 mangkuk hidangan lazat itu dalam masa sejam.

(Gambar: Joyee Koo)

Inovasi baru tersebut diumumkan Jumaat lalu (4 Jul) semasa pameran katering pertama kumpulan berkenaan di Sekolah Undang-Undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU). Acara itu juga menyaksikan 15 jenama katering dan gaya hidup Neo Group seperti Orange Clove, Neo Garden dan Lavish Dine Catering, masing-masing mempersembahkan menu baru mereka kepada para pengunjung.

Jadi bagaimana stesen laksa itu berfungsi? Para pelanggan hanya perlu memilih mi dan bahan-bahan yang diingini seperti taugeh dan bebola ikan kemudian robot tersebut akan mencelupkan mi sebelum menuangkan kuah laksa ke dalam mangkuk. Lebih menarik lagi, hidangan laksa sudah boleh siap dimakan dalam tempoh 45 saat sahaja!

Dihasilkan bersama oleh Orange Clove dan dibina oleh sebuah syarikat kejuruteraan setempat, stesen mi robot itu kini boleh disewa baik untuk majlis berskala kecil mahupun acara korporat yang besar.

Mereka yang ingin menyewa robot itu boleh menghidupkannya dalam tempoh tiga jam memandangkan ia tidak bergantung kepada demonstrasi masakan secara langsung oleh cef-cef.

Harga sewa belum ditetapkan bagi konsep baru itu namun sudah terdapat rancangan untuk turut menawarkan juadah dan resipi baru. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan