Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Robot bernama "Beat" boleh hasilkan 14 minuman pada satu-satu masa

Bagi para penggemar kopi, sebuah kedai di Seoul, Korea Selatan kini menawarkan penggunaan robot untuk menghasilkan pelbagai minuman.

Anggaran Waktu Membaca:
Robot bernama "Beat" boleh hasilkan 14 minuman pada satu-satu masa
Diterbitkan : 06 Jun 2019 06:01PM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 06:28PM

KOREA SELATAN: Bagi para penggemar kopi, sebuah kedai di Seoul, Korea Selatan kini menawarkan penggunaan robot untuk menghasilkan pelbagai minuman.

Robot bernama "Beat" ini boleh menghasilkan 14 minuman pada satu-satu masa.

Kurang seminat selepas tempahan dibuat, si robot akan menghantar kod empat angka kepada si pelanggan untuk membuka kotak berisi minuman yang ditempah.

Minuman yang tidak diambil dalam masa 10 minit akan dibuang.

Kini kedai francais Dal.komm Coffee ada 45 robot yang boleh menghasilkan 90 cawan kopi sejam atau sekitar 300 cawan sehari.

Setiap minuman berharga AS$2-AS$3 (S$2.73-S$4.10).

Sebuah robot yang lebih laju dan bijak akan dilancarkan lewat tahun ini.

Namun penggunaan robot yang semakin meluas dibantah golongan muda di Korea Selatan yang susah untuk mendapatkan pekerjaan.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan