Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Robinsons S'pore kembali beroperasi sebagai gedung beli-belah online

Setelah melabuhkan tirainya pada Januari lalu, peruncit ikonik Robinsons kembali ke Singapura - kali ini sebagai sebuah kedai online.

Anggaran Waktu Membaca:
Robinsons S'pore kembali beroperasi sebagai gedung beli-belah online

(Gambar: Robinsons)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 11:08AM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 12:28AM

SINGAPURA: Setelah melabuhkan tirainya pada Januari lalu, peruncit ikonik Robinsons kembali ke Singapura - kali ini sebagai sebuah kedai online.

Laman www.robinsons.com.sg yang tertera dalam kenyataan medianya menyifatkan syarikat itu sebagai "sebuah gedung beli-belah digital sepenuhnya, canggih dan bersepadu". Laman itu akan dilancarkan pada 24 Jun.

Ia akan menawarkan lebih 200 jenama yang dipilih khas termasuk jenama-jenama tempatan yang terkenal serta beberapa jenama lain yang baru diperkenalkan di pasaran.

Mereka yang berminat boleh mengirimkan alamat emel mereka untuk mendaftar bagi akses awal kepada laman itu dan menerima tawaran eksklusif.

Ibu pejabat syarikat Robinsons Department Stores Online Pte Ltd berpangkalan di Singapura dan ia akan diterajui oleh Jordan Prainito, bekas pengarah urusan Canningvale Australia.

Keluarga Prainito memiliki Canningvale, yang menjual cadar, tuala dan perkakas rumah yang sebahagian besarnya dijual secara langsung kepada para pelanggan di laman mereka sendiri.

Encik Prainito berkata: "Saya teruja kerana dapat melancarkan semula jenama yang begitu ikonik ini.

"Jenama ini kaya dengan sejarahnya dan ia benar-benar dekat di hati para pelanggan Singapura dan Asia Tenggara. Ia hanya memerlukan dorongan untuk melangkah ke abad ke-21."

Beliau menambah bahawa syarikat itu akan menggajikan rakyat Singapura untuk mengisi kerja kosong di syarikat itu dan sudahpun menggajikan dua bekas pekerja Robinsons.

"Robinsons adalah ikon Singapura, jika ia mahu memberi respons kepada keperluan rakyat Singapura, ia perlu dikendalikan oleh individu yang memahami pasaran di sana," kata Encik Prainito.

"Kami tidak sabar untuk memperkenalkan kepada para pelanggan kami pengalaman membeli-belah online yang baru."

Menurut Tinjauan Kewangan Australia (AFR), terdapat rancangan untuk melancarkan gedung beli-belah dalam talian itu di Malaysia pada tahun depan serta negara-negara Asia Tenggara yang lain jika segalanya berjalan lancar.

AFR juga melaporkan bahawa Encik Prainito mengenali Robinsons sejak beliau menuntut di universiti di Singapura dan beliau mencadangkan pemerolehan itu kepada keluarganya.

Robinsons pertama kali mengumumkan pada Oktober 2020 bahawa ia akan menutup dua gedung beli-belah yang terakhir di Singapura - The Heeren dan Raffles City Shopping Centre - selepas lebih 160 tahun beroperasi di negara ini. Ia disebabkan oleh permintaan yang melemah dan "peralihan ketara dari pembelian dalam kedai kepada pembelian online" dalam kalangan para pelanggannya, tambah kenyataan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan