Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ribuan pelajar sertai cubaan pecahkan rekod bagi pembelajaran seni terbesar dunia

Ribuan pelajar Filipina berkumpul di sebuah taman awam hari ini (24 Feb) dalam satu cubaan untuk memecahkan rekod bagi sesi pembelajaran seni terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2018 05:37PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 09:14PM

FILIPINA: Ribuan pelajar Filipina berkumpul di sebuah taman awam hari ini (24 Feb) dalam satu cubaan untuk memecahkan rekod bagi sesi pembelajaran seni terbesar di dunia.

Para pelajar dari sekitar 200 sekolah di Quezon City menghadiri acara tersebut.

Sesi seni itu dikendalikan oleh seorang guru yang mengajar cara-cara untuk melukis topeng dengan menggunakan nombor-nombor mudah, krayon dan kadbod.

Tujuan acara itu adalah untuk menggalak kepelbagaian kreativiti di kalangan pelajar, yang kurang menitikberatkan seni berbanding subjek-subjek lain.

Lebih 16,000 orang menyertai sesi tersebut dan dokumentasi acara itu akan diserahkan kepada Guinness World Record untuk penilaian.

Buat masa ini, rekod bagi sesi pembelajaran seni terbesar dipegang oleh negara India dengan jumlah peserta seramai 14,135, pada tahun 2014.  

Sumber : Agensi berita/AZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan