Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Revolusi Tandas' di China banteras 'pencuri' kertas tandas

Gara-gara ingin menghalang orang ramai daripada mengambil kertas tandas yang berlebihan, dua lagi bandar di China memanfaatkan teknologi canggih di dalam tandas-tandas awamnya.

Anggaran Waktu Membaca:
'Revolusi Tandas' di China banteras 'pencuri' kertas tandas

Tandas moden yang dikelilingi kaca di China. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 23 Apr 2018 11:12AM Dikemas Kini : 08 May 2018 12:27AM

HONG KONG: Gara-gara ingin menghalang orang ramai daripada mengambil kertas tandas yang berlebihan, dua lagi bandar di China memanfaatkan teknologi canggih di dalam tandas-tandas awamnya.

Di sebuah tandas awam dalam kompleks sukan di wilayah Hunan, misalnya alat mengecam wajah dipasang yang mengehadkan setiap pengguna mendapatkan kertas tandas sepanjang 40 sentimeter sahaja, menurut laporan Rednet.cn.

Teknologi pengecaman wajah juga digunakan di Temple of Heaven di Beijing yang popular di kalangan pelancong agar dapat mencegah para pengunjung daripada berkali-kali 'mencuri' kertas tandas.

Chongqing Times melaporkan sekitar 30 tandas awam di daerah wilayah itu dilengkapi dispenser yang hanya menyediakan kertas tandas sepanjang 80 sentimeter setiap kali seseorang mengimbas kod yang tertera di mesin itu dengan telefon bijak.

Malah, pemerintah daerah menyatakan bahawa teknologi sebegitu akan turut diperkenalkan di 150 lagi tandas awam.

Teknologi canggih sedemikian adalah sebahagian daripada "Revolusi Tandas", seperti yang digelar media tempatan negara tersebut.

Selain itu, di sesetengah tandas, alat penggera juga dipasang untuk memaklumkan kepada pekerja tandas jika seseorang itu berada di dalamnya selama lebih 10 minit.

Ada pula yang siap dengan tempat mengecaj telefon dan juga Wi-fi percuma. Di samping itu, sebuah layar turut dilengkapkan untuk menunjukkan suhu dalam tandas, jumlah elektrik dan air yang digunakan.

Seorang Timbalan Ketua Biro Sekitaran dan Sanitasi daerah tersebut dilaporkan sebagai berkata: "Melalui revolusi tandas, kami ingin mengubah konsep penduduk (tentang kemudahan awam) dan memperbaiki keadaan." 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan