Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Restoran Good Bites di Bishan sajikan hidangan barat fusion pada harga berpatutan

Mulai Selasa (10 Ogos), orang ramai boleh duduk makan di luar selepas langkah-langkah sekatan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dilonggarkan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai Selasa (10 Ogos), orang ramai boleh duduk makan di luar selepas langkah-langkah sekatan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dilonggarkan.

Ia juga merupakan detik yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai orang kerana akhirnya mereka dapat keluar makan dan bertemu dengan teman-teman.

Tidak kurang juga ada yang sudah membuat janji temu di restoran makanan dan minuman (F&B) kegemaran masing-masing sebaik sahaja berita ini diumumkan pada Jumaat lalu (6 Ogos).

Meskipun begitu, hanya individu yang sudah divaksin dibenarkan untuk duduk makan sehingga lima orang semeja di kedai-kedai makanan dan minuman (F&B).

Para individu yang belum divaksin pula boleh duduk makan di pusat penjaja dan kedai kopi, namun dihadkan hingga dua orang saja.

HIDANGAN BARAT FUSION DI RESTORAN GOOD BITES

Bagi mereka yang ketandusan idea atau belum lagi memikirkan tempat untuk makan di luar, terdapat sebuah restoran Halal di Bishan yang menawarkan hidangan barat fusion pada harga yang berpatutan.

(Gambar: Facebook/Good Bites)

(Gambar: Facebook/Good Bites)

Terletak di Dewan Sukan Bishan, restoran Good Bites menyajikan beraneka hidangan barat fusion seperti Pasta Tom Yum Seafood (S$13.99), Burger Ikan Thai (S$15.99) dan Pasta Sambal Goreng Ayam (S$11.99).

Tom Yum Seafood Pasta (Gambar: @whatisdieting/instagram)

Harga bagi hidangan pasta, burger dan hidangan utama di restoran itu dijual bermula pada harga S$10.99.

Setiap hidangan pastinya tidak lengkap tanpa pencuci mulut bukan?

Restoran Good Bites juga menawarkan pencuci mulut yang cukup meliurkan seperti Kek Lava Coklat Cair (S$10.99) yang dihidangkan dengan aiskrim perisa vanila, Speculoos Croffle (S$7.99) yang terdiri daripada wafel dan croissant serta kek Tiramisu (S$7.99).

Molten Chocolate Lava Cake (Gambar: @whatisdieting/instagram)

Selain itu, para pelanggan juga boleh mencuba pelbagai minuman di restoran ini.

Ini termasuk minuman Frappe Banana Chocolate (S$8.99), Strawberry Iced Latte (S$7.99) dan Passionfruit Sparkling Americano (S$7.99).

(Gambar: Instagram/@soinkuehdible)

Tiramisu (Gambar: @soinkuehdrible/instagram)

(Gambar: Instagram/@whatisdieting)

Speculoos Croffle (Gambar: @whatisdieting/Instagram)

Restoran Good Bites dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sempena promosi Hari Kebangsaan, restoran itu menawarkan diskaun 20 peratus sehingga 18 Ogos bagi setiap tempahan untuk dibawa pulang.

Good Bites
5 Bishan St 14
Dewan Sukan Bishan
#03-01
Singapura 579783

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan