Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Regale - restoran terbaru S’pura tawar sajian bufet halal antarabangsa

Satu lagi restoran bufet halal antarabangsa sudah dibuka di kawasan barat Singapura dan menawarkan pilihan antara 20 dengan 30 hidangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Regale - restoran terbaru S’pura tawar sajian bufet halal antarabangsa

Pelanggan menikmati bufet di restoran Regale. (Gambar-gambar: Regale/Facebook)

BERITAmediacorp: Ini berita baik bagi para penggemar sajian bufet. Satu lagi restoran bufet halal antarabangsa sudah dibuka di kawasan barat Singapura dan menawarkan pilihan antara 20 dengan 30 hidangan.

Dari makanan Barat hinggalah Asia, pasti ada yang akan menepati citarasa setiap individu yang datang ke restoran Regale yang terletak di Warren Golf & Country Club, di Chua Chu Kang. Ini termasuk hidangan istimewa seperti kambing golek yang dibakar secara ‘live’.

Restoran milik anak Melayu/Islam Singapura itu dikelilingi sekitaran menghijau serta bersebelahan sebuah kolam renang. Ini sekali gus mewujudkan suasana yang nyaman untuk pelanggan menikmati beraneka hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

BERITAmediacorp berpeluang mengunjungi restoran Regale, yang menawarkan menu 'ala carte' dan juga bufet antarabangsa, baru-baru ini. Restoran itu mula beroperasi sejak bulan Oktober 2019.

(Gambar-gambar: Regale)

Ketua Bahagian Makanan dan Minuman (F&B) Regale, Hassan Salleh, memberitahu pihak kami bahawa restoran itu semakin mendapat perhatian baik dari orang awam mahupun pelanggan korporat.

“Kami rasa agak kurang tempat santai dan nyaman lebih-lebih lagi di kawasan barat Singapura. Ini merupakan satu (lagi) pilihan untuk mereka datang bersantai di sini,” kata Encik Hassan, yang merupakan bekas DJ Radio Warna.

Encik Hassan Salleh (kiri) bersama DJ Ria Brother Bo (tengah) dan penyanyi tempatan Rizal Noh (kanan). (Gambar: Regale/Facebook)

Encik Hassan Salleh (kiri) bersama DJ Ria Brother Bo (tengah) dan penyanyi tempatan Rizal Noh (kanan). (Gambar: Regale/Facebook)

MENU ‘ALA CARTE’ UNTUK MAKAN TENGAH HARI

Pada siang hari, Regale menawarkan menu hidangan ‘ala carte’. Ini termasuk beraneka salada, pasta, nasi goreng, laksa dan pencuci mulut seperti kek ondeh-ondeh.

Antara hidangan popular dari menu ala-carte Regale ialah Lamb Burger, Fish and Chips, Ayam Taliwang dan Mi Goreng Seafood.

(Gambar-gambar: Regale)

Encik Hassan Salleh memberitahu BERITAmediacorp, ramai yang datang sehingga dua atau tiga kali untuk menikmati Ayam Taliwang dan Mi Goreng Seafood di sana.

Menu Ayam Taliwang itu, katanya, diimport khas dari Indonesia untuk menepati citarasa yang pelbagai khusus bagi pelanggan yang gemar dengan ayam goreng. Tak perlu terbang ke Indonesia untuk menikmatinya.

(Gambar-gambar: Regale)

Sehingga hujung Mac ini, para pelanggan boleh menikmati potongan harga sebanyak dua puluh peratus bagi hidangan ‘ala-carte’ semasa jamuan tengahari.

MENU BUFET HALAL ANTARABANGSA UNTUK JAMUAN MALAM

Menu bufet yang hanya ditawarkan bagi jamuan malam bermula dari pukul 6.00 petang.

Sajian-sajian utama termasuk Ayam Masak Merah, Baked Seafood Pasta, Regale Chilli Mussels, Herb Roasted Chicken, Cereal Prawns, Sate, Ayam Tandoori, Steam Fish with Homemade Thai Sauce, Lemon Fish, Hoisin Chicken, Broccoli with Hollandaise, Prawn with Curried Cream Sauce dan Stu Daging.

(Gambar-gambar: Regale)

Hidangan-hidangan utama akan ditukar setiap malam untuk menawarkan kepelbagaian buat para pelanggan yang mungkin akan datang kembali ke restoran tersebut.

“Kita sajikan bukan sahaja kepada pelanggan Islam tapi juga untuk semua masyarakat di Singapura. Jadi menu kita pelbagai dan berubah-ubah setiap hari. Itu antara kekuatan cef kita - ada yang kekuatannya siapkan makanan Asia, ada pula kekuatan dengan makanan Barat jadi kita gabungkan kepakaran cef-cef kita untuk siapkan bufet halal antarabangsa ini,” ujar Encik Hassan.

(Gambar-gambar: Regale)

Jika anda gemar kepada makanan laut segar, sudut hidangan sejuk atau ‘cold dishes’ pasti akan diserbu. Smoked Salmon, udang galah, Queen Scallop dan kupang Black Mussel adalah antara pilihan yang disediakan. Padankan dengan sos Tabasco atau sos Cocktail, tentu menyelerakan!

(Gambar-gambar: Regale)

Anda juga boleh menikmati bermacam jenis salada seperti Romaine Lettuce, Mesclun Salad atau Arugula Salad yang boleh dipadankan dengan sos pilihan.

Pada setiap hujung minggu pula, seekor kambing ‘digolekkan’ dan dibakar untuk para pelanggan nikmati daging segar dan lembut.

Bukan itu sahaja, sambil-sambil makan anda dihiburkan pula oleh persembahan ‘live’ dari kugiran undangan yang berkemampuan membawakan lagu-lagu pelbagai genre termasuk lagu-lagu Inggeris, Cina dan Tagalog.

(Gambar-gambar: Regale)

‘KAMBING GOLEK’ LEMBUT!

Semasa di sana, BERITAmediacorp berkesempatan mencuba sendiri ‘kambing golek’ Regale dan mendapati rasanya enak dan lembut. Ia sesuai bagi mereka yang gemar dengan kambing golek yang sukar diperolehi di tempat lain melainkan pada bulan Ramadan.

(Gambar-gambar: Regale)

Ayam Masak Merah, Baked Seafood Pasta dan Herb Roasted Chicken Regale juga enak dan boleh dikatakan setiap hidangan cukup rempah-ratusnya.

Selain sajian berat, terdapat juga karipap ayam dan daging ‘homemade’ yang inti dan teksturnya lembut. Regale turut menyediakan pizza mini.

(Gambar-gambar: Regale)

Tentu sekali hidangan bufet tidak lengkap tanpa pencuci mulut. Antara pilihan yang ada termasuk puding roti dan Crème Brulee, yang tidak terlalu manis!

(Gambar-gambar: Regale)

PROMOSI BUFET DUA ORANG MAKAN SATU ORANG BAYAR!

Harga bufet pada hari biasa adalah S$49.90. Manakala harga bufet hujung minggu adalah S$39.90.

Encik Hassan memberitahu BERITAmediacorp, Regale ada menawarkan promosi dari masa ke semasa.

(Gambar-gambar: Regale)

Contohnya, jika anda mengunjungi Regale pada hari biasa, iaitu antara Isnin dengan Khamis, anda boleh menikmati promosi dua orang makan, satu orang bayar atau ‘1 for 1’ bagi sajian bufet pada sebelah malam. Ini bermakna, potongan harga 50 peratus!

Selain itu, pelanggan Generasi Perintis dan Generasi Merdeka juga berpeluang makan percuma tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Regale dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan