Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Redmart kini jual set kotak Pocky 'Street Fighter' edisi terhad

Syarikat Glico melancarkan satu lagi kerjasama dengan permainan video Street Fighter yang diminati semasa zaman kanak-kanak untuk menghasilkan 'Pocky X Street Fighter Collector Box Set' atau Set Kotak Pengumpul Street Fighter edisi terhad.

Anggaran Waktu Membaca:
Redmart kini jual set kotak Pocky 'Street Fighter' edisi terhad

(Gambar: Lazada)

Diterbitkan : 24 Dec 2020 11:55AM Dikemas Kini : 24 Dec 2020 11:58AM

SINGAPURA: Sekarang ini, biskut Pocky boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti roti bakar Ya Kun dan tembikai. Kini, syarikat Glico melancarkan satu lagi kerjasama dengan permainan video Street Fighter yang diminati semasa zaman kanak-kanak untuk menghasilkan 'Pocky X Street Fighter Collector Box Set' atau Set Kotak Pengumpul Street Fighter edisi terhad.

Setiap set kotak buatan Thailand itu dijual pada harga S$40, dan tersedia secara eksklusif menerusi Redmart di Lazada. Hanya 1,000 kotak terhad akan dijual.

Terdapat lima kotak 200g Pocky dalam set itu, masing-masing dengan rekaan unik yang menampilkan sepasang watak dari Street Fighter V: Champion Edition. Ada Chun-Li dan Ryu, Menat dan Juri, Vega dan Cammy, Cody dan Lucia, serta Rashid dan Alex.

Selain bungkusan mengandungi batang biskut bersalut coklat itu, setiap set juga disertakan dengan lima kad yang mempunyai rekaan watak yang sama ditampilkan pada kotak tersebut.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan