Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rangkaian sandwic 'submarine' tertua Amerika siap sedia 'berlabuh' dalam pasaran halal S'pura

Blimpie, rangkaian sandwic 'submarine' terkemuka dari Amerika Syarikat memilih Singapura sebagai 'pelabuhan' yang pertama untuk menembusi pasaran halal Asia.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Blimpie, rangkaian sandwic 'submarine' terkemuka dari Amerika Syarikat memilih Singapura sebagai 'pelabuhan' yang pertama untuk menembusi pasaran halal Asia.

Dengan menawarkan konsep restoran makanan segera yang santai (fast casual), cawangan pertama Blimpie di Singapura dibuka di Tampines Food Co, sebuah dapur kongsi (cloud kitchen) yang terletak di kawasan timur Singapura.

Syarikat yang mengendalikan restoran tersebut di Singapura, Deelish Brands, mengumumkan demikian menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (20 Jan). Syarikat yang turut mengendalikan rangkaian Fatburger Singapore itu berganding bahu dengan kumpulan restoran Amerika, Kahala Brands, untuk membawa jenama Blimpie ke pasaran Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Deelish Brands, Encik Moe Ibrahim menerangkan: "Misi Deelish Brands adalah untuk menjadi pilihan nombor satu bagi makanan yang halal dan 'trendy' di Singapura."

"Atas sebab inilah kami membawa jenama-jenama Barat yang digemari ramai, menyesuaikannya dengan pasaran halal yang berkembang pesat dan melancarkan versi Singapura yang asli," dedah beliau kepada BERITAmediacorp.

Menu Blimpie Singapore yang telah diubah suai untuk menepati cita rasa pelanggan Muslim.

Walaupun Blimpie masih dalam proses memohon sijil halalnya, Deelish Brands memberitahu BERITAmediacorp bahawa bahan-bahan yang digunakannya adalah halal. Bahkan pemilik syarikat adalah seorang Muslim. Menu yang disediakan akan diubah suai untuk memenuhi citarasa para pelanggan Muslim.

Selain roti yang dibakar segar setiap hari, para pelanggan juga boleh memilih daripada beraneka jenis daging salai halal yang dihiris mengikut permintaan. Gabungan menyelerakan itu boleh dilengkapkan dengan pilihan keju, cuka, daun oregano, daun salad, tomato dan pelbagai sos. Antara sandwic yang paling laris termasuk The Blimpie Best, Meatball Hero dan Philly Cheesesteak yang boleh dibeli pada harga antara S$7.50 hingga S$21.50.

(Gambar: Blimpie Singapore)

(Gambar-gambar: Blimpie)

Sejauh ini, Blimpie yang diasaskan 56 tahun lalu di Hoboken, New Jersey sudah membuka lebih 200 cawangan di merata dunia.

Khidmat penghantaran ke seluruh Singapura akan disediakan pada masa akan datang dan Deelish Brands turut mengesahkan pembukaan dua lagi cawangannya pada awal suku kedua tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan