Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ramai pesakit barah ovari tidak tahu simptom penyakit

Ramai wanita tidak menjangkakan masalah perut yang buncit dan kurang selera makan sebagai tanda-tanda awal masalah kesihatan serius yang boleh mengancam nyawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramai pesakit barah ovari tidak tahu simptom penyakit

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 12:17PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 12:41PM

SEREMBAN: Ramai wanita tidak menjangkakan masalah perut yang buncit dan kurang selera makan sebagai tanda-tanda awal masalah kesihatan serius yang boleh mengancam nyawa.

Seorang pakar perunding obstetrik dan ginekologi Dr Mohamad Faiz Mohamed Jamli berkata simptom-simptom seperti itu sebenarnya adalah petanda awal penyakit barah ovari, yang kini berada di tahap keempat barah yang kerap menyerang wanita, selepas barah payu dara, rahim dan pangkal rahim di Malaysia.

“Majoriti pesakit saya datang apabila barah ovari berada di tahap tiga dan empat kerana lambat dikesan dan ada juga pesakit saya yang seawal sembilan tahun sudah didiagnosis dengan barah ini.

“Sebab itu amat penting untuk wanita di luar sana, terutama yang latar belakang keluarga mempunyai sejarah penyakit barah untuk membuat saringan awal seperti melalui pemeriksaan 'pap smear', yang bukan sahaja boleh mengesan barah pangkal rahim tetapi juga kehadiran sel pra-kanser lain di dalam badan,” katanya.

Dr Mohamad Faiz menambah, kebanyakan pesakit yang membuat pembedahan membuang ketumbuhan di dalam perut perlu meneruskan rawatan dengan kimoterapi bagi memastikan sel-sel baran dalam tubuh dapat dimatikan sepenuhnya dan mengelak penyakit itu berulang.

Majoriti pesakit yang menghidapi barah ovari berusia dalam linkungan 45-69 tahun dan rata-rata tidak mengesyaki ketidakselesaan di perut sebagai petanda awal kepada penyakit itu.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan