Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ramai bayi masih cedera akibat guna walker bayi

Setiap hari lebih lima orang bayi cedera di Amerika Syarikat, akibat menggunakan walker bayi (baby walker), menurut satu kajian baru. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ramai bayi masih cedera akibat guna walker bayi

(Gambar: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 09:48PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:52PM

AMERIKA SYARIKAT: Setiap hari lebih lima orang bayi cedera di Amerika Syarikat, akibat menggunakan walker bayi (baby walker), menurut satu kajian baru. Meskipun jumlah kecederaan merosot dengan ketara sejak tiga dekad yang lalu, masih terlalu ramai bayi yang mengalami kecederaan, kata para penyelidik.

Antara tahun 1990 dengan 2014, terdapat hampir 230,680 kecederaan yang berkaitan dengan bayi berusia 15 bulan ke bawah, yang menggunakan walker kaki. Para penyelidik menganggarkan demikian berdasarkan data dari Sistem Pengawasan Kecederaan Elektronik Nasional.

Hanya kanak-kanak yang dimasukkan ke jabatan kecemasan hospital diambil kira, justeru perangkaan itu mungkin kurang daripada angka yang sebenarnya, kata pengarah Pusat Penyelidikan dan Dasar Kecederaan, Dr. Gary Smith di Hospital Kanak-kanak Nationwide di Columbus, Ohio.

Kebanyakan kecederaan berlaku ketika kanak-kanak tersebut menggunakan walker bayi untuk turun tangga, sering mengalami kecederaan di bahagian kepala atau leher, menurut kajian yang diterbitkan dalam Pediatrics.

Jumlah kecederaan merosot sebanyak 84.5 peratus dari tahun 1990 hingga 2003, kemungkinan besar disebabkan oleh piawaian keselamatan secara sukarela yang digunakan oleh para pengilang.

Dalam tempoh yang sama, kecederaan yang berkaitan dengan kanak-kanak jatuh dari tangga merosot 91 peratus. Pada tahun 2010, satu piawaian keselamatan persekutuan ditubuhkan dan jumlah kecederaan secara tahunan yang berkaitan dengan walker bayi merosot lagi, kali ini sebanyak 22.7 peratus.

Meskipun kes kecederaan sudah merosot, 2,000 kanak-kanak dilaporkan cedera pada tahun 2014.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan