Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rakyat Singapura ke-6 tertinggi di dunia 'kurang nikmati cuti'

Semakin ramai rakyat Singapura merasakan mereka kurang menikmati percutian dan sanggup gaji mereka dipotong untuk mendapat lebih masa bersantai, demikian menurut tinjauan portal kembara Brand Expedia.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Singapura ke-6 tertinggi di dunia 'kurang nikmati cuti'

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 12:12PM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 12:20PM

SINGAPURA: Semakin ramai rakyat Singapura merasakan mereka kurang menikmati percutian dan sanggup gaji mereka dipotong untuk mendapat lebih masa bersantai, demikian menurut tinjauan portal kembara Brand Expedia.

Tinjauan yang diterbitkan pada Khamis (25 Jul) mendapati 77 peratus rakyat Singapura sanggup menerima gaji lebih rendah untuk mendapat satu hari cuti tambahan.

Lebih separuh daripada 300 responden yang ditinjau pula terus mengikuti perkembangan di tempat kerja menggunakan alat perhubungan mereka meskipun semasa bercuti. Lebih separuh mereka yang ditinjau juga tidak mengambil semua hari cuti yang diperuntukkan.

Singapura kini menduduki tempat ke-6 daripada 19 negara yang berasa tidak cukup masa percutian; naik satu tangga berbanding tinjauan pada 2017.

India muncul di tangga teratas.

TIDAK CUKUP HARI CUTI

Kajian itu mendapati adanya rasa kurang puas yang meluas dalam kalangan pekerja sepenuh masa berhubung berapa kerap mereka mengambil cuti.

Lebih 60 peratus rakyat berasa mereka kurang menikmati percutian. Jumlah itu satu pertambahan berbanding 57 peratus pada 2017 dan 41 peratus pada 2016.

Hampir 90 peratus yang ditinjau merasakan mereka patut mendapat lebih banyak hari cuti.

Dapatan itu satu pertambahan 12 peratus berbanding 2017.

PALING KURANG NIKMATI CUTI DI DUNIA

Sentimen kurang menikmati cuti semakin berkembang di merata dunia dengan rantau Asia Pasifik muncul sebagai paling tidak cukup masa percutian.

7 daripada 10 negara teratas yang berasa tidak cukup masa percutian adalah dari Asia Pasifik termasuk Australia, Hong Kong, India, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Thailand. Tiga negara lain adalah Perancis, Itali dan Amerika Syarikat.

India dan Thailand mencatat kenaikan paling tinggi berhubung rasa tidak puas, masing-masing naik 15 peratus dan 14 peratus.

SEBAB TAK PERGI CUTI - BOS TAK IZINKAN!

Tinjauan itu mendapati sebab utama pekerja tidak mengambil cuti kerana tidak diizin bos.

30 peratus reponden berkata mereka mahu mengumpul hari cuti bagi mengambil masa rehat lebih panjang. 22 peratus pula berkata mereka tidak mampu untuk pergi bercuti.

SUKAR TINGGALKAN KERJA

Ramai pekerja, sekitar 50 peratus berkata mereka terus membuat kerja menggunakan alat elektronik mereka, meskipun sedang bercuti.

Hampir 80 peratus memeriksa email mereka sekurang-kurangnya sekali. 27 peratus daripada jumlah itu berbuat demikian sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
33 peratus pula berkata mereka harus sentiasa boleh dihubungi penyelia mereka. Kadar itu

ketiga tertinggi di dunia di belakang India dan Malaysia.

KESIHATAN MENTAL PENTING

Walau bagaimanapun rakyat Singapura kini semakin sedar pentingnya menjaga kesihatan mental mereka.

70 peratus mengambil cuti sekurang-kurangnya "satu hari kesihatan mental" pada tahun lalu untuk berehat dan segarkan diri.

Secara purata, rakyat Singapura mengambil cuti tiga hari mental tahun lalu dan lagi 2.8 hari untuk “uruskan diri”.  

Sumber : Today/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan