Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Raintree Cove di Taman East Coast dibuka semula

Raintree Cove di Taman East Coast dibuka semula hari ini (17 Mac) selepas lebih setahun menjalani kerja-kerja pembangunan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Mar 2019 09:37PM Dikemas Kini : 17 Mar 2019 09:57PM

SINGAPURA: Raintree Cove di Taman East Coast dibuka semula hari ini (17 Mac) selepas lebih setahun menjalani kerja-kerja pembangunan semula.

Sebelum ini ia menempatkan beberapa perniagaan terkenal seperti Restoran Makanan Laut Long Beach.

Menurut NParks, pembangunan semula tersebut mengambil kira keperluan mengurangkan kesesakan.

Kini tapak itu direka semula menjadi "taman ketenangan" dengan dua kawasan terbuka, tempat-tempat berteduh dan beberapa kemudahan untuk bersantai.

Ia termasuk sembilan buaian yang dicat oleh para pelajar dan kumpulan-kumpulan belia.

Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong merasmikan pembukaan Raintree Cove, dengan menanam sebatang pokok hujan-hujan kuning. 

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan