Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Raikan Ilmu sampai ke kemuncaknya dalam acara online satu jam pada 30 Okt

Bulan Raikan Ilmu 2020 anjuran Mendaki sampai ke kemuncaknya malam ini, Jumaat (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Raikan Ilmu sampai ke kemuncaknya dalam acara online satu jam pada 30 Okt

(Gambar: Facebook/MENDAKISG)

SINGAPURA: Bulan Raikan Ilmu 2020 anjuran Mendaki sampai ke kemuncaknya malam ini, Jumaat (30 Okt).

Acara penutup selama satu jam yang diadakan sepenuhnya secara online itu dipanggil 'Raikan Ilmu Hour'. Antara barisan tetamu yang akan membuat penampilan ialah penceramah Ustazah Liyana Musfirah, barisan pelakon siri drama L.N.S Kafe serta persembahan dari pasangan adik beradik Riduan Yusoff dan Faiz Yusoff.

Penyanyi legenda 'Papa Rok' Ramli Sarip juga akan mempersembahkan lagu tema 'Raikan Ilmu 2020' berjudul 'Sama Raikan'.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI, Zaqy Mohamad akan menyerikan acara tersebut dan memberikan taklimatnya.

'Raikan Ilmu Hour' yang diadakan buat julung-julung kalinya tahun ini akibat pandemik COVID-19 bertujuan menggalak masyarakat untuk mendakap pembelajaran sepanjang hayat dan menerapkannya sebagai sebahagian dari budaya masyarakat Melayu.

(Gambar: MENDAKI)

Salah satu inisiatif baru untuk tahun ini adalah 'Ikrar Meraikan Ilmu' yang mengajak orang ramai membuat ikrar terhadap pembelajaran sepanjang hayat dengan menggunakan 'filter' Instagram 'Raikan Ilmu 2020' dan memuat naikkannya di akaun-akaun media sosial.

"Perkongsian atau pelajaran di sini boleh dalam berbagai bentuk dan tidak semestinya bersifat akademik semata-mata. Ini sebagai menunjukkan komitmen kita terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

"Satu lagi yang menarik dalam 'Raikan Ilmu Hour' nanti ialah rakaman video dari sumbangan orang ramai, sama ada nyanyian atau tarian mereka untuk lagu tema 'Sama Raikan'," kata Ketua Sekretariat Raikan Ilmu, Norshima Aziz.

Anda boleh mengikuti acara itu melalui laman Facebook MENDAKI di www.facebook.com/MENDAKISG

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan