Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Raffles Arcade dibuka semula

Kawasan beli-belah di Raffles Hotel iaitu Raffles Arcade dibuka rasmi pada Khamis (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Raffles Arcade dibuka semula

(Gambar: Raffles Hotel Singapore)

Diterbitkan : 11 Jul 2019 10:50PM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 10:56PM

SINGAPURA: Kawasan beli-belah di Raffles Hotel iaitu Raffles Arcade dibuka rasmi pada Khamis (11 Jul).

Dengan "wajah yang baru", kawasan itu nampak sedia untuk memberi persaingan kepada perniagaan elektronik.

Selepas lebih setahun setengah, Raffles Arcade membuka pintunya kepada orang ramai hari ini dengan konsep-konsep yang baru.

Misalnya, salah satu kedai tidak lagi menjual barangan cenderahati tetapi juga menempatkan sebuah galeri warisan yang menampilkan sejarah hotel tersebut sejak ditubuhkan lebih 132 tahun yang lalu.

Antara pameran menarik yang ditampilkan adalah bil-bil lama yang menceritakan bagaimana para pengunjung dahulu melakukan pembayaran.

Setakat ini, lebih 20 ruang runcit sudah diisi seperti kedai busana ini yang membuka cawangan keduanya di sini.

Terdapat juga kedai yang menawarkan koleksi produk gaya hidup yang direka bakat-bakat tempatan.

Sebuah kafe juga dibuka yang turut menyediakan bengkel-bengkel percuma untuk para pelanggan meluaskan rangkaian kenalan mereka.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan