Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Putera Harry, Meghan Markle umum kerjasama dengan badan kebajikan makanan

Putera Harry dan Meghan Markle dari Britain mengumumkan pada Ahad (20 Dis) bahawa badan kebajikan yang baru mereka tubuhkan akan bekerjasama dengan World Central Kitchen dan cef selebritinya untuk memberi makan kepada golongan yang kebuluran di kawasan-kawasan yang dilanda bencana alam seluruh dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Harry, Meghan Markle umum kerjasama dengan badan kebajikan makanan

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dari Britain di London, Britain, 5 Mac 2020. (Gambar: REUTERS/Hannah McKay/Files)

Diterbitkan : 21 Dec 2020 06:54PM Dikemas Kini : 21 Dec 2020 07:12PM

LONDON: Putera Harry dan Meghan Markle dari Britain mengumumkan pada Ahad (20 Dis) bahawa badan kebajikan yang baru mereka tubuhkan akan bekerjasama dengan World Central Kitchen dan cef selebritinya untuk memberi makan kepada golongan yang kebuluran di kawasan-kawasan yang dilanda bencana alam di seluruh dunia.

Badan tidak meraih untung bernama Archewell Foundation itu bekerjasama dengan cef selebriti, Jose Andres, untuk menubuhkan pusat-pusat bantuan masyarakat.

Pusat-pusat ini akan menjadi struktur yang kekal yang boleh dibuka secepat mungkin sebagai dapur perkhidmatan pada masa kecemasan seperti bencana alam, dan juga dijadikan sebagai hab mengagihkan makanan, sekolah-sekolah dan klinik-klinik perubatan.

"Kesihatan masyarakat kita bergantung kepada keupayaan kita untuk berhubungan dengan kemanusiaan yang dikongsi sama," kata Putera Harry dan Meghan Markle dalam satu kenyataan kepada media.

"Apabila kami berfikir tentang Cef Andres dan pasukan hebatnya di World Central Kitchen, kami diingatkan bahawa walaupun berada dalam kesusahan yang tidak dapat dibayangkan sepanjang tahun ini, masih ada orang-orang mengagumkan yang sanggup bekerja tanpa penat lelah untuk menyokong satu sama lain.

Pusat pertama dari empat pusat tersebut akan dibuka pada 2021 di Pulau Caribbean di Dominica, yang dilanda taufan Maria dan Irma pada 2017. Pusat kedua akan dibina di Puerto Rico yang juga teruk dilanda ribut sebelum ini.

Badan kebajikan ini akan meminta sokongan daripada badan-badan lain untuk membina lebih banyak pusat serupa di seluruh dunia.

Putera Harry dan Cik Markle sudah pun melepaskan tugas mereka sebagai ahli bekerja keluarga diraja pada akhir Mac lalu, serta berpindah ke California dan menjauhkan diri daripada tumpuan awam.

Sumber : Reuters/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan