Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Putera Harry kini bergelar suami kepada 'puteri' idamannya - Meghan Markle

Putera Harry dan pelakon Amerika Syarikat Meghan Markle akhirnya bergelar suami isteri setelah selamat disatukan dalam satu upacara yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2018 09:39PM Dikemas Kini : 19 May 2018 09:41PM

BRITAIN: Putera Harry dan pelakon Amerika Syarikat Meghan Markle akhirnya bergelar suami isteri setelah selamat disatukan dalam satu upacara yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

Sejak awal lagi, para peminat kepada keluarga kerabat diraja ini sudah membarisi jalan-jalan raya yang menuju ke Windsor Castle di mana upacara perkahwinan ini dilangsungkan.

Gereja St George menjadi pilihan bagi upacara penuh istiadat ini - dihadiri ramai personaliti terkenal serta ahli keluarga kerabat diraja Britain.

Ini termasuk Ratu Elizabeth II serta suami dan juga Putera Charles yang mengiringi Meghan semasa beliau memasuki dewan utama gereja.

Putera William pula hadir sebagai pengapit kepada Putera Harry.

Awal pagi tadi, Kensington Palace mengumumkan Putera Harry akan dianugerahkan gelaran Duke of Sussex. 

Sumber : Agensi berita/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan