Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Promosi 'Singles' Day': Vakum robot, udang kara mala beku pilihan popular warga S'pura

Tuala dapur, pembersih vakum robot dan udang kara mala beku adalah antara produk paling laris dibeli oleh warga Singapura semasa acara jualan terbesar 'Single's Day' pada 11 November lalu di beberapa wadah beli-belah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Promosi 'Singles' Day': Vakum robot, udang kara mala beku pilihan popular warga S'pura

Pekerja Zalora menyusun bungkusan para pelanggan mengikut tempat penghantaran di gudang syarikat itu dekat Selangor, Malaysia. (Gambar hiasan: Najeer Yusof/TODAY)

Diterbitkan : 16 Nov 2019 04:58PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 05:00PM

SINGAPURA: Tuala dapur, pembersih vakum robot dan udang kara mala beku adalah antara produk paling laris dibeli oleh warga Singapura semasa acara jualan terbesar 'Single's Day' pada 11 November lalu di beberapa wadah beli-belah online.

Barang-barang lain yang juga popular adalah alat penimbang berat badan Xiaomi Mi Body Composition 2, ubat gigi Colgate, Apple iPhone 11 Pro Max, alat pengering rambut Dyson Supersonic dan konsol permainan Nintendo Switch.

Di syarikat e-dagang China, Alibaba - yang menganjurkan 'Singles' Day - salah satu barang yang paling laris 'dibeli' warga Singapura adalah pakej penginapan tiga hari dua malam di Hotel Chimelong di Guangzhou.

Syarikat-syarikat e-dagang Qoo10 dan Shopee pula menyatakan kategori barangan yang paling banyak kali dilihat pembeli pada 11 November lalu termasuk elektronik, produk kecantikan serta hiasan rumah dan gaya hidup.

Produk yang paling kerap dicari pembeli Singapura pula termasuk barangan elektronik dan pakaian di Alibaba serta barang dapur, produk kecantikan dan telefon bijak di Lazada - anak syarikat Alibaba.

Barang-barangan seumpama itu mengungguli senarai beli-belah rakyat Singapura dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kebanyakan syarikat e-dagang yang diwawancara TODAY. Ini memandangkan mereka sudahpun meramalkan trend pengguna sebelum acara penjualan tersebut yang berjaya mencatatkan jualan rekod.

Alibaba meraih jualan sebanyak 268.4 bilion yuan (S$52 bilion), melepasi jualan tahun lalu sebanyak S$41.8 bilion, manakala hasil jualan Lazada pula menjangkaui jumlah rekod 24-jam tahun lalu hanya dalam hanya tempoh 11 jam.

Sementara itu, Shopee menyaksikan lonjakan dalam penjualannya sebanyak 658 kali berbanding tahun lalu - manakala Zalora dan Qoo10 masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 48 peratus dan 10 peratus.

SETERUSNYA?

Temasya beli-belah ekstravaganza hujung tahun belum lagi berakhir. Beberapa syarikat sudahpun menawarkan tawaran hebat bagi acara jualan 'Black Friday', pada 29 November, dan 'Cyber Monday', pada 2 Disember.

Qoo10 menyatakan ia akan menawarkan tawaran "lebih menarik" bagi semua product elektronikk dan digital.

Zalora pula akan memberikan diskaun sehingga 38 peratus manakala Shopee bakal menawarkan sehingga 90 peratus diskaun bagi peralatan elektroik dan tawaran hebat untuk produk kecantikan.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan