Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Produk jus belanda bukan antikanser, tegas Rosyam Nor

Pelakon dan pengacara, Rosyam Nor, menegaskan bahawa produk berasaskan durian belanda keluarannya yang diberi nama Adraa bukan produk antikanser.

Anggaran Waktu Membaca:
Produk jus belanda bukan antikanser, tegas Rosyam Nor

(Gambar: @adraabyrosyam/Instagram)

Diterbitkan : 01 Sep 2018 10:06PM Dikemas Kini : 01 Sep 2018 10:12PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rosyam Nor, menegaskan bahawa produk berasaskan durian belanda keluarannya yang diberi nama Adraa bukan produk antikanser.

Menurut Rosyam kepada Astro Awani, beliau bersetuju dengan tindakan doktor yang mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan jus durian belanda mampu merawat kanser.

"Saya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida yang tinggi bukan antikanser.

"Bagi saya tidak salah apabila ada doktor memperjelaskan bahawa jus durian belanda tidak boleh mencegah kanser.

"Pengeluar produk tidak boleh mendakwa produk berasaskan durian belanda adalah antikanser kerana tiada penyelidikan saintifik yang telah dilakukan.

"Produk saya hanya merupakan pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada," ujarnya.

Rosyam ditemui di majlis pelancaran produk Adraa di Royale Chulan Damansara pada Rabu (29 Ogos).

Menurut Astro Awani, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 51, berkata produk Adraa merupakan hadiah buat para peminat yang selama ini menyokong kerjayanya.

"Ini merupakan hadiah saya buat para peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya.

"Dengan kasih sayang dan sokongan peminat, saya sentiasa berusaha untuk mencapai pertumbuhan berterusan untuk memenangi reputasi sebagai sumber herbal yang terkemuka di Malaysia," katanya kepada Astro Awani.  

Sumber : Agensi berita/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan