Images
  • Pocky Cendol

Pocky lancar perisa cendol secara ekslusif di M'sia

BERNAMA: Jenama snek popular Pocky memperkenalkan perisa baru yang diinspirasikan daripada pencuci mulut Cendol, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

Biskut berperisa cendol itu menampilkan jejari Pocky klasik yang disaluti krim perasa Cendol.

Menurut Eksekutif Pemasaran Glico Malaysia Candice Teng: "Galakan dan idea yang dikongsi oleh rakyat Malaysia untuk menikmati pencuci mulut Cendol memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan perasa ini. Kami tahu ini adalah perasa yang benar-benar menampilkan kebudayaan rakyat Malaysia."

Kudapan yang berasal dari Jepun itu dihasilkan di Thailand dan memiliki pensijilan halal.

Sebelum ini, Pocky mengeluarkan perasa roti bakar kaya dan kopi 'o' khas untuk para peminat jenama itu di Singapura sempena Hari Kebangsaan Singapura. 

- BERNAMA/HA/ha

Top