Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pilih bersalin secara pembedahan caesarean? Lebih risiko bayi montel: kajian Singapura

Wanita hamil yang memilih untuk melalui proses bersalin secara pembedahan Caesarean lebih berkemungkinan mempunyai anak yang punyai berat badan berlebihan menjelang usia setahun, berbanding wanita yang melahirkan secara biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilih bersalin secara pembedahan caesarean? Lebih risiko bayi montel: kajian Singapura

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Dec 2018 03:46PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 03:50PM

SINGAPURA: Wanita hamil yang memilih untuk melalui proses bersalin secara pembedahan Caesarean lebih berkemungkinan mempunyai anak yang punyai berat badan berlebihan menjelang usia setahun, berbanding wanita yang melahirkan secara biasa.

Demikian menurut satu kajian yang dijalankan di Singapura.

Para pengkaji meneliti data melibatkan 727 bayi yang dilahirkan di dua hospital utama di Singapura. Secara keseluruhannya, 222 bayi dilahirkan melalui kaedah pembedahan dengan 74 prosedur tersebut adalah secara pilihan - tidak dilakukan atas sebab-sebab masalah perubatan bagi ibu atau bayi. Selebihnya merupakan pembedahan kecemasan.

Kajian tersebut mendapati, apabila usia bayi mencecah 12 bulan, kira-kira 12 peratus daripada mereka berdepan dengan masalah berat badan berlebihan manakala sekitar dua peratus mempunyai berat badan berlebihan.

Wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan caesarean, atau dikenali sebagai 'C-section', menambah kemungkinan sebanyak seganda mempunyai anak yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding wanita yang melahirkan secara biasa.

"Hanya pembedahan yang dilakukan sukarela sahaja mempunyai kaitan ketara dengan risiko obesiti awal kanak-kanak, manakala bayi yang dilahirkan melalui pembedahan kecemasan mempunyai risiko yang sama dengan bayi yang dilahirkan seperti biasa," kata penulis kanan kajian, Seng Bin Ang dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKH .

"Banyak kajian lain sebelum ini mendapati bahawa obesiti awal kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk terus berlanjutan hingga peringkat kanak-kanak mencapai usia remaja dan juga dewasa," kata Ang menerusi e-mel.

Walaupun 'C-section' sudah lama dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak, kajian terbaru itu memberikan bukti baru bahawa masa prosedur dijalankan dan sebab di sebaliknya mungkin mempengaruhi risiko, kata Ang.

Hasil kajian juga tidak berubah setelah para pengkaji mengambil kira pelbagai faktor lain yang mungkin menyebabkan bayi mempunyai berat badan berlebihan. Ini termasuk usia, etnik, tahap pendidikan, obesiti, sakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau tabiat merokok si ibu.

Namun, kajian itu tidak mempunyai data tentang bapa yang mana berat badan dan tabiat kesihatan mereka juga boleh mempengaruhi berat badan anak mereka, akur penulis kajian.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan