Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Pil kenyang' kurangkan nafsu makan, atasi masalah berat badan berlebihan

Sekumpulan ahli sains yakin 'pil kenyang' akan menembusi pasaran dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia akan membantu berjuta-juta orang yang mengalami berat badan berlebihan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Pil kenyang' kurangkan nafsu makan, atasi masalah berat badan berlebihan

(Gambar hiasan: @rawpixel/Unsplash)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 09:39AM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 09:43AM

LONDON: Sekumpulan ahli sains yakin 'pil kenyang' akan menembusi pasaran dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia akan membantu berjuta-juta orang yang mengalami berat badan berlebihan.

Kapsul tersebut mampu mengurangkan nafsu makan, dengan membuat seseorang berfikir bahawa mereka sudah berasa kenyang.

Ia sudahpun diuji dalam makmal selama lebih empat tahun tetapi para ahli sains sedang mengujinya terhadap manusia.

Sekiranya berkesan, mereka mendakwa bahawa ia berpotensi menjadi 'senjata ampuh' untuk mengatasi krisis berat badan berlebihan pada peringkat global, lapor Daily Mail.

40 peserta berusia antara 18 hingga 75 tahun dipilih para ahli sains berkenaan di Universiti Queen Mary London.

Bagi fasa pertama melibatkan 20 peserta yang mengalami berat badan berlebihan, ujian dijalankan bagi memastikan pil tersebut berkesan untuk mengurangkan nafsu makan di samping tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Menurut Daily Mail, para peserta ini tidak pernah menjalani sebarang pembedahan usus atau mengambil ubat-ubatan bagi penyakit kencing manis Jenis 2.

Fasa kedua, sekitar 18 bulan kemudian, akan menguji kemujaraban pengurangan berat badan jangka panjang 20 peserta yang gemuk atau dalam senarai tunggu pembedahan pintasan gastrik.

Kapsul tersebut, yang diambil sebelum waktu makan, mengandungi campuran minyak semula jadi, meskipun bahan-bahan lain tidak didedahkan atas syarat-syarat paten.

Pil itu akan memastikan pelengkap makanan sampai ke bahagian bawah usus tanpa melalui usus kecil, lalu menyebabkan pengeluaran hormon seperti insuli yang mengurangkan nafsu makan, lapor Daily Mail lagi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan