Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pezzo lancarkan piza kaya dengan durian Mao Shan Wang

Makanan 'fusion' atau gabungan semakin tidak asing lagi di Singapura. Namun sejauh manakah masyarakat tempatan berani mencuba gabungan bahan-bahan baru dalam satu hidangan dan bilakah sesuatu gabungan atau 'mash-up' itu dianggap berlebihan?

Anggaran Waktu Membaca:
Pezzo lancarkan piza kaya dengan durian Mao Shan Wang

Piza Kaya Mao Shan Wang (Gambar: Pezzo)

Diterbitkan : 22 Jan 2019 01:09PM Dikemas Kini : 22 Jan 2019 01:11PM

SINGAPURA: Makanan 'fusion' atau gabungan semakin tidak asing lagi di Singapura. Namun sejauh manakah masyarakat tempatan berani mencuba gabungan bahan-bahan baru dalam satu hidangan dan bilakah sesuatu gabungan atau 'mash-up' itu dianggap berlebihan?

Soalan itu mungkin terjawab dengan hidangan baru Piza Kaya Durian yang ditawarkan restoran Pezzo.

Piza tersebut, yang menurut Pezzo pertama seumpananya di Singapura, menggabungkan unsur kenikmatan sarapan pagi dengan makanan yang biasa dimakan pada lewat malam.

Piza Kaya Durian mengandungi kaya, isi durian Mao Shan Wang yang disapu atas roti piza tebal serta taburan keju mozarella dan jagung.

Ini merupakan hidangan durian kedua yang ditawarkan restoran tersebut, selepas piza 'Durian King Charcoal' pada 2017.

Bagi mereka yang kurang minat dengan Raja Buah-Buahan, Pezzo melancarkan satu lagi hidangan bersempena sambutan Tahun Baru Cina. 'Prosperity Smoked Salmon Pizza' adalah gabungan salmon salai, keju, tomato, tairu dan alpukat - sungguh milenial!

Kedua-dua piza 'Prosperity Smoked Salmon' dan 'Kaya Durian' dijual pada harga S$5.90 sekeping atau S$29.90 sedulang.

Tetapi, jangan lupa maklumkan rakan sekerja dahulu jika anda ingin makan piza durian ini semasa waktu makan tengah hari.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan