Images
  • street superior festival
    Festival 'Street Superior' tahun lalu. (Gambar: Street Superior Festival)

Pesta 'Street Superior' kembali Nov ini; tampilkan peraduan kasut kasual, konvensyen mainan

SINGAPURA: Pesta 'Street Superior Festival' - sebuah konvenysen kasut kasual atau sneaker dan pakaian siar utama Singapura - kembali untuk tahun kedua dari 2 hingga 3 November ini.

Pengunjung boleh menjangkakan penjualan runcit, pengalaman dan kegiatan dalam zon-zon berbeza di kesemua lima tingkat pusat beli-belah *Scape.

Pesta tahun ini meraikan tema penyesuaian, yang akan diterokai menerusi pertandingan, pameran seni tersuai, kegiatan-kegiatan sampingan serta artis dari Singapura dan seluruh dunia.

Acara kemuncak termasuk pameran oleh barisan artis rekaan khas Chase Shiel serta El Sneaker Hefe daripada 'Grail Crew Customs and Fogaat', yang terkenal dengan rekaan kasut kasual dan mejadikannya sebagai hiasan kepala. Para wakil dari Singapura termasuk TK Collective, AKA Lazy dan Hypethetic.

Sebuah peraduan #SSFsoleygrail juga akan diadakan sempena pesta tersebut yang akan menyaksikan tiga peserta menonjolkan seni reka khas kreatif masing-masing pada kasut kasual jenama Vans sewaktu pusingan separuh akhir. Juara akan memenangi S$1,000 dan peluang untuk mencipta koleksi kasut kasual kapsul untuk konvensyen sneaker serantau pada 2020.

Selain itu, para pengunjung berkesempatan meninjau-ninjau koleksi peribadi terbesar papan roda jenama Supreme di Asia.

Terdapat juga penampilan sulung Big Big Con, sebuah konvensyen mainan yang dicipta dan diuruskan oleh studio kreatif Flabslab. Anda boleh mencuci mata melihat koleksi khas Star Wars di samping barangan vintaj yang jarang-jarang dilihat.

Tiket ke pesta tersebut, berharga S$15 untuk sehari dan S$20 buat dua hari, boleh didapatkan di laman web at www.streetsuperior.com. Acara itu dibuka dari jam 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam.  

- CNA/FZ/fz

Top