Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta Kanak-Kanak kembali serikan Taman di Pesisiran sehingga 3 Okt

Selain arca-arca haiwan dan serangga gergasi, terdapat juga aktiviti jelajah untuk lebih mengenali daya tarikan tempatan tersebut setelah pesta itu ditiadakan tahun lalu dek pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Kanak-Kanak kembali serikan Taman di Pesisiran sehingga 3 Okt

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing (berbaju merah) di pelancaran Pesta Kanak-kanak bersama para penerima 'Extra•Ordinary People' di Taman di Pesisir. (Gambar: Taman di Pesisir)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 11:19PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 11:24PM

SINGAPURA: Pesta Kanak-Kanak kembali menyerikan Taman di Pesisiran sempena cuti penggal sekolah September ini.

Selain arca-arca haiwan dan serangga gergasi, terdapat juga aktiviti jelajah untuk lebih mengenali daya tarikan tempatan tersebut setelah pesta itu ditiadakan tahun lalu dek pandemik COVID-19.

Kanak-kanak akan disambut oleh haiwan-haiwan seperti 'Little Kong' - yang sebenarnya tidaklah kecil manapun kerana berdiri setinggi 17 meter - dan ulat bulu 'Cheerful Caterpillar' sepanjang 15 meter apabila mereka mengambil bahagian dalam kegiatan jelajah untuk meneroka taman tersebut secara percuma.

Pesta yang diadakan sehingga 3 Oktober di kawasan Supertree Grove menampilkan 'Art-Zoo Wonder Gardens' yang bertujuan menjadikan Taman di Pesisiran boleh diakses semua keluarga. Tiada bayaran dikenakan untuk pesta itu dan orang ramai juga tidak perlu membuat tempahan bagi waktu kemasukan.

Semasa di sana, kanak-kanak boleh menggunakan peta jelajah yang disediakan untuk menyelesaikan kegiatan melibatkan setiap enam watak 'Art-Zoo Wonder Gardens' - beruang 'Bruno Bear', 'Little Kong', ulat bulu 'Cheerful Caterpillar', kumbang badak 'Radiant Rhino Beetle', siput 'Super Speedy Snail' dan juga kumbang kura-kura 'Lovely Ladybirds'.

Kanak-kanak boleh menghayati sepenuhnya pengalaman mereka sepanjang aktiviti jelajah itu tanpa perlu terburu-buru dan cenderahati menanti mereka di hujungnya.

Bagi keluarga yang mahukan lebih banyak kegiatan, terdapat juga siri bengkel 'Little Critters’ Wonder Workshops' pada hujung minggu berharga S$16 untuk setiap kanak-kanak.

Mulai sekarang sehingga 3 Oktober juga, setiap dewasa dengan tiket sah ke Taman Luar dan Galeri boleh menebus tiket yang sama untuk sehingga dua kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa sebarang bayaran.

Tiket untuk kanak-kanak boleh ditebus di tiga pintu masuk pameran yang bertiket - Pintu Masuk A (Tempat Letak Kereta Meadow), Pintu Masuk B (Jambatan Meadow), Pintu Masuk C ('World of Palms') dan juga tempat masuk Bayfront Pavilion.

Jangan lupa bawa kad pelajar kerana bukti identiti yang sah diperlukan.

Seluruh Pesta Kanak-Kanak memaparkan 'Art-Zoo Wonder Gardens' dianjurkan di tempat terbuka bagi mengelakkan kesesakan dengan setiap watak tema itu dijarak-jarakkan di seluruh kawasan luas Supertree Grove.

Bagi tujuan keselamatan dan kesihatan serta untuk mengurangkan interaksi antara pengunjung, orang ramai tidak dibenarkan melompat-lompat di atas arca seni yang boleh dikembungkan.  

Sumber : CNA/BERITAmediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan