Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta Buku Melayu S'pura 2020 diiktiraf atas kejayaan edisi sulung BuySinglit tahun lalu

Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) 2020 mendapat pengiktirafan sebagai acara penutup bagi gerakan BuySingLit yang menyokong bahan sastera Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pesta Buku Melayu Singapura (PBMS) 2020 mendapat pengiktirafan sebagai acara penutup bagi gerakan BuySingLit yang menyokong bahan sastera Singapura.

Pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan pesta buku yang pertama tahun lepas yang mana acara itu berjaya mendapat kunjungan antara yang tertinggi sepanjang BuySinglit 2019.

Dengan pesta kali ini diadakan sepenuhnya melalui wadah digital dek COVID-19, pihak penganjur berharap dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung dari luar Singapura.

Bertemakan "Meraikan Karya Melayu Singapura", pesta selama lapan hari itu membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai kegiatan seperti sesi bercerita, perbincangan bersama pengarang, bengkel penulisan dan juga penjualan buku pelbagai genre.

"Kami sangat gembira pada ketika ini. Gembira kerana dapat melaksanakan sebuah Pesta Buku Melayu Singapura dalam keadaan pandemik COVID-19 ini. Gembira bahawa kami dapat mengalihkan ke alam maya hampir kesemua aktiviti yang sepatutnya berlangsung di bangunan Wisma Geylang Serai pada bulan Mac lalu," kata Pengerusi PBMS 2020 Syed Ali Semait.

Usaha pihak penganjur dalam mengatur strategi baru dan mengubah suai atur cara program pesta secara online dipuji tetamu terhormat Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Berucap di perasmian pesta itu malam semalam (13 Sep), Dr Faishal berkata iltizam untuk terus memartabatkan bahasa Melayu kian penting mentelah lagi masyarakat berdepan dengan cabaran seperti peluasan penggunaan bahasa Inggeris dan keperluan untuk memanfaatkan teknologi.

"Saya teruja dengan usaha para penerbit, penulis dan penggiat bahasa dan sastera Melayu tempatan dalam merancakkan perkembangan sastera Melayu, dan penambahan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu melalui pelbagai cara. Pemerintah akan terus memberi sokongan seperti dana, sumber dan kepakaran," kata Dr Faishal.

Pesta Buku Melayu Singapura 2020 akan berlangsung sehingga 20 September.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan