Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta budaya acara kemuncak raikan hubungan 50 tahun Indo-S'pura

Siri sambutan bagi meraikan 50 tahun hubungan diplomatik Singapura dan Indonesia sampai ke kemuncaknya dengan pesta budaya Kreatif Connections.

Anggaran Waktu Membaca:

Singapura: Siri sambutan bagi meraikan 50 tahun hubungan diplomatik Singapura dan Indonesia sampai ke kemuncaknya dengan pesta budaya Kreatif Connections.

Berlangsung Jumaat malam (29 Jun) hingga Ahad, ia menggabungkan unsur-unsur seni dari kedua-dua negara.

Para pengunjung ke pesta budaya Kreatif Connections di kawasan Muzium Tamadun Asia berpeluang menikmati program-program menarik seperti seni pemasangan bunyi, hasil kerjasama seniman Singapura dan Indonesia.

GABUNGAN SUARA DUA NEGARA
Peminat muzik pasti terpesona dengan gandingan suara penyanyi dari Indonesia Isyana Sarasvati dan Aisyah Aziz, dari Singapura.

Bila ditemui BERITAMediacorp, Isyana meluahkan rasa gembira dapat kembali membuat persembahan di Singapura, di mana beliau pernah menetap selama lima tahun dahulu.

"Terus juga dapat kesempatan untuk berkolaborasi dengan Aisyah Aziz jadi kita sama-sama menyokong di sini. Sama-sama sebagai pemuzik antara negara kita juga boleh berkolaborasi," kongsi penyanyi Indonesia itu.

Pengurus (Penonton) Muzium Tamadun Asia, Herman Yazid, pula berkata: "Pesta Kreatif Connections ini merupakan kemuncak perayaan RISING50 iaitu sebuah inisiatif yang sudah bermula sejak tahun lalu untuk memperingati 50 tahun hubungan dua hala antara Indonesia dengan Singapura."

WARISAN TRADISI BERNAFAS BARU
Satu pementasan lintas budaya, Cupu Manik Astagina pula menggabungkan persembahan wayang kulit, tarian kontemporari dan muzik gamelan.

Berdasarkan epik Hindu Ramayana, pementasan itu memberi sentuhan moden dan memanfaatkan teknologi dalam penyampaian cerita lagenda tersebut.

"Selain tiga elemen tradisi kita menggabungkan dengan muzik barat ataupun instrumen-instrumen seperti selo, biola dan segalanya dan juga tari kontemporari ataupun balet atau tarian moden dan juga animasi untuk membantu memberi impak atau impak yang lebih kepada wayang kulit," ujar penerbit upu Manik Astagina, Herman Yazid.

Sepanjang pesta tersebut, para pengunjung juga boleh menyertai bengkel-bengkel menarik secara percuma seperti lukisan batik dan pembuatan lilin.

Pendaftaran untuk bengkel-bengkel boleh dilakukan di laman Peatix.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan