Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesta air batu dan salji terbesar dunia berlangsung di China

Ratusan ribu pengunjung dari merata China dan luar negara dijangka melawati bandar Harbin bagi mengunjungi pesta salji dan air batu terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta air batu dan salji terbesar dunia berlangsung di China

Pesta Air Batu dan Salji Antarabangsa di Harbin, China kali ini menampilkan lebih 2,000 orang salji atau 'snowmen'. (Gambar-Gambar: Greg Baker/AFP)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 09:35PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 09:39PM

HARBIN: Ratusan ribu pengunjung dari merata China dan luar negara dijangka melawati bandar Harbin bagi mengunjungi pesta salji dan air batu terbesar di dunia.

Pesta Air Batu dan Salji Antarabangsa di Harbin, China kali ini menampilkan lebih 2,000 orang salji atau 'snowmen' yang diletakkan di sepanjang Sungai Songhua yang beku.

Sekitar 10,000 kakitangan membantu membangunkan pesta tahun ini, yang diadakan di sebuah taman seluas 600,000 meter persegi bersebelahan Sungai Songhua.

Berlangsung selama sebulan, pesta tahunan itu juga memaparkan pelbagai bentuk ukiran air batu. Acara-acara menariknya yang lain termasuk pertandingan arca air batu dan berenang di dalam air amat sejuk.

Ketua akademi bentuk arca Harbin, Han Zhenkun, berkata saiz arca-arca yang dipamerkan di pesta itu adalah aspek yang membezakannya berbanding pesta-pesta lain di merata dunia.

Harbin adalah salah sebuah bandar paling sejuk di China, di mana suhu cuaca boleh mencatat serendah -35 darjah Selsius.

Sejak mula diadakan pada 1983, pesta air batu itu berjaya memikat beratus-ratus ribu pengunjung setiap tahun. Pesta tahun ini berlangsung sehingga 28 Februari.  

Sumber : CNA/NU/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan