Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pesara di Beijing ini sanggup menahan sejuk demi cinta pada sukan tenis meja

Cuaca sejuk yang amat melampau tidak menghambat minat mendalam Encik Ren Qian untuk bermain sukan tenis meja.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesara di Beijing ini sanggup menahan sejuk demi cinta pada sukan tenis meja

Seorang pesara di Beijing bermain tenis meja (Gambar: Greg Baker/AFP)

Diterbitkan : 19 Dec 2020 01:16PM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 01:19PM

BEIJING: Cuaca sejuk yang amat melampau tidak menghambat minat mendalam Encik Ren Qian untuk bermain sukan tenis meja.

Sejak dua tahun lalu, tidak kira apa jua cuaca yang melanda ibu kota Beijing - panas terik, sejuk berangin, hujan, mendung atau salji, pesara berusia 73 tahun ini bersama isterinya tidak pernah terlepas untuk cuba berkumpul dengan pesara lain di Taman Qingfeng di ibu kota China itu untuk bermain pingpong.

"Semasa saya di sekolah, anda boleh lihat ramai pelajar bermain tenis meja hampir di mana-mana sahaja,"katanya mengimbau kenangan lama.

"Kami mempunyai pasukan pingpong sekolah, dan hampir semua sekolah menganjurkan pertandingan pingpong setiap tahun - sebab itu ramai yang seusia saya boleh bermain dengan baik."

Minatnya terhadap sukan itu mula berputik pada 1959 semasa pemain tenis meja negara, Rong Guotuan mengharumkan nama negara setelah menjadi juara dunia pertama China bagi sukan itu - bahkan yang pertama dalam mana-mana jenis sukan lain.

"Sebab itu ia menjadi popular," kata beliau.

"Hampir semua rakyat China mula bermain pingpong sejak itu."

Walaupun cuaca menjunam ke paras beku, lengkap dengan pakaian sejuk mereka Encik Ren dan isterinya berserta peminat tegar yang lain harus bersaing untuk mendapatkan salah satu daripada 10 meja pingpong di taman tersebut.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan