Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Persiapan 'bootcamp' bagi 10 finalis Suara WGS

Kurang seminggu lagi sebelum juara Suara WGS dinobatkan dalam pertandingan adubakat pertama anjuran Wisma Geylang Serai. Dianjurkan bersempena ulang tahun pertama hab sosial dan budaya Melayu itu, ia bakal menampilkan 10 finalis yang bersaing hebat untuk merebut gelaran juara.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Kurang seminggu lagi sebelum juara Suara WGS dinobatkan dalam pertandingan adubakat pertama anjuran Wisma Geylang Serai.

Dianjurkan bersempena ulang tahun pertama hab sosial dan budaya Melayu itu, ia bakal menampilkan 10 finalis yang bersaing hebat untuk merebut gelaran juara.

Untuk memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran di peringkat akhir pada Sabtu (18 Jan), WGS menganjurkan beberapa sesi latihan vokal dan persembahan untuk meningkatkan keyakinan dan menajamkan lagi prestasi mereka. Tidak terhad kepada ilmu nyanyian saja, mereka turut diberi bimbingan mengenai selok belok industri muzik dan pemasaran karya mereka oleh penyanyi Didicazli dan pemilik syarikat Screenbox Studios, Encik Sujimy Muhd.

"Saya dapat pelajari tentang persembahan di atas pentas macam mana saya nak gerak, apa saya nak buat di atas pentas. Saya dapat mempelajari latihan pernafasan supaya saya boleh membuat persembahan yang baik," kata salah seorang finalis, Cik Nur Athirah Kamalrudin.

"Pengajaran yang saya perolehi daripada Cik Ann Hussein adalah teknik nyanyian dan juga dia beritahu saya tentang sejauh mana keupayaan suara. Dari situ saya belajar kawal suara. Di rumah juga saya buat ulangkaji, kerja rumah," kata salah seorang peserta paling senior, Encik Fadhli Wahab.

TUGASAN DI PERINGKAT AKHIR: 1 LAGU SOLO, 2 LAGU BERKUMPULAN

Jika sebelum ini mereka hanya perlu menyanyi secara solo, di peringkat akhir nanti mereka akan berpadu suara menyampaikan dua lagu secara berkumpulan.

Meskipun pengalaman itu sesuatu yang baru bagi sesetengah finalis, tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman amat membantu memudahkan tugasan yang diberi.

Yang jelas, peningkatan pada mutu suara dan persembahan mereka amat membanggakan pengadil dan guru vokal pertandingan, Ann Hussein yang membimbing mereka selama dua sesi.

Berkongsi harapannya buat bakat-bakat baru itu, Cik Ann berkata: "Persembahan mereka mestilah bagus. Persembahan yang hebat, nyanyian yang hebat, berani, konfiden di atas pentas. Tunjukkan kami ‘faktor-x’ mereka, tunjukkan kami kenapa mereka mahu menjadi juara."

Selain Ann, barisan pengadil pertandingan akhir itu adalah penyanyi Didicazli, Pengasas Life Records, Osman Ariffin dan Ketua Unit Audiens Melayu Mediacorp, Sabariah Ramilan.

Orang ramai boleh menyokong finalis pilihan mereka dengan mengundi secara online sehingga Jumaat, 17 Januari 2020 di lelaman suarawgs.klobbi.com.

Peringkat akhir Suara WGS berlangsung pada 18 Januari 2020, 7.30 malam di Wisma Geylang Serai. Tayangan serentak juga akan disiarkan di lelaman Facebook, WGS: facebook.com/WismaGeylangSerai.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan