Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pernah terdengar tentang Peace Lily? Ini 6 manfaat tumbuhan ini di rumah

Tumbuhan dengan nama saintifik Spathiphyllum itu, kadangkala dipanggil Lili Pasu kerana ia bukan seperti tumbuhan lili atau bakung yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pernah terdengar tentang Peace Lily? Ini 6 manfaat tumbuhan ini di rumah

Peace Lily. (Gambar: laman proflowers.com)

Diterbitkan : 01 Feb 2021 09:33PM Dikemas Kini : 01 Feb 2021 09:37PM

INDONESIA: Peace Lily adalah antara tanaman yang popular sejak kebelangan ini.

Tumbuhan dengan nama saintifik Spathiphyllum itu, kadangkala dipanggil Lili Pasu kerana ia bukan seperti tumbuhan lili atau bakung yang lain.

Peace Lily sesuai ditanam di dalam rumah. Ia bukan setakat indah dipandang, malah ia juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).

Menurut laman Rolling Nature, berikut ini adalah antara manfaatnya:

1. TINGKATKAN MUTU UDARA

Peace Lily mampu mewujudkan suasana yang tenang dan menyihatkan.

Ia boleh meningkatkan mutu udara dalam rumah sehingga 60 peratus.

2. SERAP RACUN DARI UDARA

Peace Lily diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu tanaman yang dapat membersihkan udara dengan baik.

Ia boleh menyerap fomaldehida, benzena dan karbon monoksida. Ini selain berkesan meneutralkan bau-bauan tidak sedap daripada asap rokok, kucing dan cat.

3. TIDUR LEBIH NYENYAK

Formaldehida boleh menyebabkan sakit tekak, tidur terganggu dan sakit kepala.

Ia terdapat pada permaidani, cat dan varnis kayu, menurut laman Rolling Nature.

Maka, Peace Lily dipercayai dapat membantu menyerap racun Formaldehida sekali gus meningkatkan mutu tidur.

4. SERAP KULAT DAN BAKTERIA BERBAHAYA

Peace Lily juga dikatakan dapat menyerap kulat atau bakteria di ruang udara yang boleh membahayakan kesihatan.

5. SERAP ION POSITIF

Peace Lily cukup berkesan untuk menyerap ion positif daripada peralatan elektrik, seperti yang terdapat pada komputer dan televisyen, yang juga boleh menjejas kesihatan tubuh badan, lapor Rolling Plants seperti yang dipetik Merdeka.

6. BAIK UNTUK PESAKIT BARAH

Tumbuhan Peace Lily dipercayai mengandungi elemen-elemen 'rawatan' untuk boleh menenangkan radiasi akibat rawatan yang dijalani pesakit barah, lapor laman Rolling Nature, seperti yang dipetik oleh Merdeka.

Penjagaan Peace Lily juga mudah kerana ia tidak memerlukan cahaya matahari secara langsung. Ini kerana ia boleh merosakkan daun-daunnya.

Maka, tempat yang baik adalah di dalam rumah dengan cahaya yang sederhana, lapor Rolling Nature. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan